Semua manusia sukakan duit. Tipulah kalau manusia tak suka duit. Dengan duit kita boleh jadi baik dan sebab duit juga manusia boleh jadi hina dan jahat. Tak percaya?
Duit kalau digunakan dengan cara betul sudah pasti memberi ganjaran besar kepada manusia. Makin banyak kita gunakan duit untuk kebaikan,makin banyak pulangan kita dapat. Mungkin pulangan bukan dalam bentuk material seperti kebahagiaan, pahala dan saham akhirat. Dan tak mustahil gak pulangan tu datang dalam bentuk duit balik. Ada orang kata makin kita sedekah makin kita kaya.
Tapi awaslah dengan duit.Duit mampu menyesatkan manusia. Dari seseorang yang hebat,manusia mampu menjadi hina sebab duit. Lihat saja seorang yang hebat ilmunya mampu menjadi hina bila mula terjebak dengan rasuah,judi dan lain-lain.
Projek DUIT
Projek DUIT ni sebenarnya sekadar sebahagian daripada tips nak jadi kaya dengan duit tanpa menghabiskan duit yang banyak.Macam mana ek?Tipsnya ialah:
Duit Untuk Insan & Islam Tercinta
Apa maksudnya?Maksudnya ialah gunakan duit bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk insan-insan yang memerlukan dan agama kita,Islam. Istilah mudah sedekahlah. Rasanya kalau kita amalkan kempen DUIT ni, kita takkan rasa susah. Tak percaya? Tryla sendiri.
Selain tu banyak lagi tips nak kaya dalam hidup dengan jalan betul.Mungkin lepas ni entry lebih fokus pada duit dan tips-tips yang boleh bagi manfaat kat semua.Dunia dunia gak tapi akhirat jangan lupa
makin kita sedekah makin kita kaya.. insyaallah.. sekiranya segalanya dilakukan dgn ikhlas....
ReplyDeletesalam perkenalan. drop by baca entry..
dan klik utk tabung.
sama2 jana tabung ...
salam ....