Ibu mana tak sayangkan anak,itulah ungkapan yang acapkali kita dengar dalam kehidupan kita. Namun, ungkapan ini berbeza dalam dunia akhir zaman. Gejala buang anak seolah-olah menggambarkan ibu-ibu anak tak sampai taraf ni lebih hebat dari binatang!
Lebih dahsyat lagi, ada gak ibu yang lebih sayangkan kekasih hati yang telah membunuh anaknya berbanding anaknya sendiri. Pelik sungguh, terlalu sukar nak percaya.
Pada 23 September 2010, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil kerana didapati bersalah membunuh anak kekasihnya, Syafiah Humaira Sahari,yang berusia 4tahun. Namun reaksi awal ibu kanak-kanak terbabit, Siti Nurhanim Aziz, beliau tetap sayangkan kekasihnya.
“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.
Rupanya ada juga ibu sezalim ini. Sanggup utamakan lelaki yang tak ada ikatan jika dibandingkan dengan anaknya yang dia kandungkan sendiri.
Mungkin inilah produk negaraku yang paling 'bertamadun'!
skit mntel btul
ReplyDeletepmpuan tu.. haisshh!