Hasil maklumat yang aku dapat, filem 2 Alam yang dipromosi secara besar-besaran di ruangan iklan akhbar tempatan, hanya mampu mengutip kurang dari RM1juta sahaja. Aku kesian sangat. Betul-betul kesian.
kutipan 2 Alam |
Belum sempat aku nak tengok (sebab duit baru ada), terus keluar entry-entry mengenai kutipan filem ni di laman-laman blog dan FB. Bila dengar kutipan banyak tu je, aku pun lemah semangat (dalam hati:selamat duit aku) nak tengok filem ni di pawagam.
Mungkin saingan antara 2 Alam dengan Harry Potter jadi punca utama kutipan filem ini rendah. Selain tu, secara peribadi, sikap Dr. Rozmey sendiri yang terlalu angkuh dan sombong serta penuh confident untuk meraih keuntungan dan publisiti, menjadi punca utama filem ni tak dapat sambutan.
Sekarang aku dapat rumuskan, kalau kita cakap besar, maka Allah akan balas dengan balasan yang setimpal. Apapun, tahniah kepada Dr. Rozmey dan bersyukurlah sebab masih ada insan yang tengok filem anda.
* entry ni just nak bagitau, kita berkarya bukan untuk berlagak.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.