Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, December 15, 2010

Cara Untuk Berubah

Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang masih beri sokongan kepada Ami. Dan hasil sokongan dan carian dekat dalam internet, Ami nak share sikit ek cara-cara untuk kita berubah. Semoga memberi manfaat untuk semua

CARA-CARA UNTUK BERUBAH

Tiga perkara penting untuk berubah ialah:
1. Ilmu,
2. persekitaran(biah)
3. dan contoh(murobbi)


1. ILMU

Hidup tanpa ilmu memang susahkan? Dalam hidup,untuk kita lakukan sesuatu,ilmu mesti kita ada. Kalau yang tak ada ilmu agama, cubalah cari misalnya membaca buku-buku agama, bertanya kepada mereka yang arif terhadap agama, dan sebagainya. Dalam nak berubah,hati-hati. Jangan sampai tersilap pilih cara untuk mencari ilmu.

Pastikan ilmu itu benar-benar berlandaskan syariat dan tidak terpesong dari akidah kita. Tanpa ilmu, memang sukar untuk berubah.

2. PERSEKITARAN

Tipulah kalau persekitaran tak memberi kesan kepada kita. Jika kita bergaul dengan seseorang yang jahil, amat sukar untuk kita berubah. Cubalah bergaul dengan semua pihak dan lebihkan bergaul dengan golongan yang arif tentang agama. Jangan tinggalkan terus kawan-kawan yang jahil. Tapi untuk berubah, tak dapat dinafikan, kita akan kehilangan segelintir sahabat. Kita perlu ingat, hampir 90% hidup kita bersama sahabat-sahabat. 

3. Contoh

Apabila kita nak berubah, kita perlukan seorang contoh yakni idola dalam hidup kita. Jika contoh kita itu baik, maka kita akan cuba ikut kebaikannya. Idola yang terbaik bagi mereka yang beragama Islam ialah Rasulullah S.A.W dan Nabi-nabi serta Rasul-rasul kerana mereka adalah maksum (terpelihara dari dosa-dosa). Bagi idola biasa pula, ambillah insan-insan yang berakhlak mulia.

Sedikit tambahan, dalam nak berubah,jangan buat putaran 180 darjah. Kenapa? Perubahan drastik kebanyakannya adalah sementara. Kuatkan iman kita.

* Ami dapat hasil bacaan. InsyaAllah sama-sama kita praktikkan ye.. (^_^) 

3 comments:

  1. persekitaran pengaruhi hampir 70peratus sikap dan budi-pak hamka

    ReplyDelete
  2. berubah ke arah kebaikan itu sememangnya baik dan berpahala! :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ,

    thank you , sangat membantu :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...