Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, December 17, 2010

Seruan Kembalikan Khilafah Berkumandang di Kedah

JITRA 12 Dis – Bertempat di Dewan Bunga Raya, Hotel Bustani Jitra Kedah,  Seminar Jelajah Malaysia 2010 (SEJAM ) anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) peringkat negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya. Masyarakat dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur telah menghadiri seminar kali ini.

Seperti biasa, ahli panel pertama yang juga merupakan Timbalan Presiden HTM, Ustaz Umar Hussein telah menghangatkan dewan dengan pembentangan pertama beliau, yang menekankan kepada hadirin akan kewajipan menegakkan Khilafah dan betapa perlunya umat Islam pada hari ini berusaha bersungguh-sungguh bersama-sama dengan Hizbut Tahrir ke arah merealisasikan tujuan yang mulia ini.

Kehilangan Khilafah sejak 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) telah menyebabkan kesengsaraan yang tidak berkesudahan ke atas umat Islam yang kini dipimpin oleh para pemimpin sekular, yang ternyata tidak lagi menerapkan Islam di dalam kehidupan samada di peringkat masyarakat mahupun negara. Selepas selesai pembentangan pertama itu para peserta disajikan dengan tayangan multimedia yang bertajuk “sampai bila”. Melalui tayangan tersebut peserta dapat memahami keadaan umat Islam di seluruh dunia sejak keruntuhan Daulah Khilafah. Ternyata tayangan tersebut telah berjaya menarik emosi peserta yang hadir pada seminar kali ini untuk mereka sama-sama merasakan kesedihan dan kesengsaraan yang menimpa saudara-saudara mereka di seluruh dunia saat ini.

Selepas itu, tiba giliran ahli panel kedua iaitu Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman membentangkan kajian beliau yang bertajuk “Selamatkan Dunia Dengan Khilafah”.

Beliau telah menjelaskan kedudukan umat Islam yang lemah dan terhina di saat ini adalah sebahagian besarnya berpunca kerana umat Islam itu sendiri. Terutamanya para pemimpin sekular umat Islam. Mereka hanya mengamalkan sebahagian kecil hukum Islam dan meninggalkan sebahagian besar yang lain. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi dengan adanya para pemimpin yang sanggup dan terus setia menerapkan hukum kufur, malah mereka turut menjadi agen kepada barat. Justeru, Islam langsung tidak menjadi nizhamul hayah bagi negara dan kesemua hukum Islam termasuklah hukum jihad telah diabaikan oleh pemimpin yang sedia ada pada hari ini. Kerana itulah, umat Islam khususnya dan dunia amnya terus-menerus menderita di sana-sini kerana sistem kehidupan Islam tidak lagi menaungi dunia sebagaimana di zaman pemerintahan Khilafah dahulu.

Oleh yang demikian tegas Abdul Hakim lagi, tidak ada penyelesaian lain bagi umat Islam untuk keluar dari segala penderitan ini kecuali dengan berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah melalui thoriqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Khalifah yang dibaiah akan pasti menerapkan hukum Islam dan seterusnya akan mengeluarkan umat Islam hari ini dari seribu macam penderitaan sepertimana yang dapat disaksikan di sana –sini.

Sebelum bersurai, majlis di buka kepada sessi soal-jawab di mana kedua-dua ahli panel telah diajukan dengan beberapa soalan. Ini menunjukkan keprihatinan dan kesedaran para hadirin yang hadir akan keperluan kepada Khilafah demi untuk mengembalikan semula kemuliaan Islam dan umat Islam. Majlis berakhir sekitar jam 1.30 petang dengan diakhiri bacaan doa oleh Ustaz Redhuan Hakim.  Diharapkan agar seminar yang telah berlangsung ini akan dapat menjadi titik tolak kepada umat Islam di sekitar negeri Kedah khususnya. Semoga mereka bangkit bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang mulia ini. Takbir!





 sumber: mykhilafah.com

*revolterAMI: aku hadir bagi menyatakan sokongan sahaja.rasanya tak salah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...