Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, December 1, 2010

Mengapa Mirwana Diserang?

Pada awal tindakan Mirwana berduet bersama Hujan melalui lagu Tika Masanya dalam album Bumi Akhir Usia, pelbagai kata-kata tak indah mula didengari. Ada yang kata,nasyid apa ni kalau rock. Ada pula yang kata, rosak dah artis-artis nasyid kita.

Satu demi satu diperkatakan walaupun Mirwana telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengamalkan prinsip keterbukaan terpimpin dalam kumpulan mereka. Namun,akhirnya reda sedikit isu mengenai Mirwana.

Justeru kemunculan Mirwana bersama Fiq melalui lagu Manifestasi Cinta diterima oleh masyarakat tanpa komen yang terlalu panas. Malah lagu tersebut kian popular dan sering dimainkan di corong-corong radio termasuk radio 'terhangat' di Malaysia. Bukan mudah untuk lagu berunsur ketuhanan dan dakwah untuk masuk ke radio-radio utama Malaysia.

Penerbitan video klip Mirwana untuk lagu Tika Masanya terus menghangatkan isu tentang Mirwana apabila ada yang kata,video klip tersebut ada unsur tahyul. Isu ini dijawab sendiri Mirwana dalam rancangan Melodi di TV3.

Kejayaan Mirwana memasuki pusingan separuh akhir Muzik-muzik telah memberi semangat kepada penggiat-penggiat nasyid,lagu ketuhanan serta penggiat hiburan dakwah untuk sama-sama menyokong Mirwana. Status-status di Facebook menjadi bukti apabila sokongan demi sokongan dinyatakan.

Apabila tiba masa tersiarnya separuh akhir Muzik-muzik, ramai peminat Mirwana baik dari aliran agama (yang majoritinya meminati nasyid) serta aliran biasa duduk di depan kaca TV untuk melihat persembahan. Ada yang terkejut,ada yang mengutuk,ada yang kata "habis-habis,nasyid apa macam ni" (kata-kata ini diluahkan sahabat penulis sendiri).Penulis terdiam namun tetap mempertahankan Mirwana atas prinsip keterbukaan terpimpin.

Bagi penulis, Mirwana masih ada pada landasan yang betul.Malah penulis sendiri merasakan,skop hiburan alternatif jangan hanya disempitkan pada nasyid semata-mata. Luaskan pemikiran kita. Kalau nasyid sahaja dilihat,maka Al Farabi Band,Aiman, Solo dan lain-lain lagi bukanlah artis nasyid.Mengapa? Kerana AFB berimejkan rock, Aiman dengan world music dan Solo dengan rock.

Mungkin atas tekanan demi tekanan diberikan maka Mirwana menyatakan mereka adalah kumpulan vokal  bukan kumpulan nasyid.
keratan berita Mstar
Bagi penulis, langkah Mirwana disokong 90%. Namun apa yang diharapkan ialah Mirwana masih berpegang dengan prinsip keterbukaan terpimpin. Maksud penulis, soal pergaulan (termasuk isu salam antara artis bukan mahram) dijaga. Mengapa?Kerana penulis melihat apabila artis nasyid mengumumkan keluar nasyid, kehidupan mereka makin bebas.

Kepada mereka yang terlalu suka mengkritik, usah lihat kelemahan orang lain. Jika golongan-golongan bukan nasyid tak didekati, siapa lagi akan dekati mereka?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...