Berita ADUN Engkilili, Dr. Johnical Rayong keluar dari Sarawak National Party (SNAP) disiarkan di laman web Berita Harian (6 November 2010).Petikan akhbar tersebut menyatakan:
Beliau yang menang kerusi DUN itu atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menewaskan calon BN, Jonathan Krai Pilo pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, membuat pengumuman itu ketika berucap menyokong usul Bajet 2011 pada persidangan DUN negeri ini, kelmarin.
Agak lucu apabila pengumuman ini dibuat beliau sendiri. Setahu penulis, beliau sudah lama nyatakan diri sebagai Bebas sebaik sahaja menang kerusi tersebut atas tiket SNAP. Kesnya lebih kurang macam kes Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang menyatakan diri sebagai Bebas selepas menang atas tiket PAS pada PRU-12.
Buktinya:
![]() |
petikan Mstar |
Dalam mana-mana berita sebelum ini pun, label yang diguna beliau ialah wakil rakyat Bebas mesra BN namun mengapa tiba-tiba baru sekarang umum keluar SNAP? Contohnya:
![]() |
petikan blog |
Penulis menulis bukan hendak menyokong mana-mana pihak namun sekadar untuk menyatakan kepada blogger terutama blogger rakyat, sebelum siarkan berita dan komen di blog anda,pastikan kesahihan info tersebut. Saya terkejut apabila membaca blog seoranga hamba Allah ni, yang seolah-olah cuba mencari point sebanyak mungkin untuk menyerang sebuah parti politik lagi satu.
Pembetulan maklumat ialah Rayong memang sudah lama bebas malah hanya bertanding di Engkilili sebagai calon pinjaman lambang SNAP sahaja. Sekadar untuk membetulkan info.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.