Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, December 27, 2010

Permata Kedah: Arak Serendah RM1


Kesempatan bercuti buat kali kedua di Pulau Langkawi,Kedah diguna sebaik mungkin. Berjalan,melihat dan mentafsir la katakan. Dan Langkawi memang terkenal sebagai Permata Negeri Kedah. Perkara ini telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah dan direstui oleh Sultan Kedah sempena sambutan Jubli Emas Sultan Abdul Halim.

budak sekolah rendah mampu beli
Permata Kedah ditukar menggantikan gelaran sebelum ini,Langkawi Pulau Lagenda. Kehebatan Langkawi memang tak boleh dinafikan. Tapi dari aspek akhlak, remaja pulau ini masih ketinggalan jauh dari ajaran agama Islam.

Arak dibeli tanpa segan silu. Malah arak boleh dikatakan air 'mampu milik' hatta oleh orang pendapatan rendah. Kenapa?

Bayangkan air arak semurah RM1 dan RM2. Rasanya arak lebih murah dari air-air di gerai makan. Nescafe ais pun RM1.70, teh ais RM1.50.

RM1? Harga yang setaraf air kelapa tepi jalan
bukang calang-calang arak
Kalau setakat rokok, mungkin kita masih masuk akal terimanya.

Memanglah pulau ni bebas cukai tapi dalam penjualan arak,kenapa tak kawal penjualan ni supaya orang Islam tak boleh beli? Ataupun haramkan teruslah arak murah-murah ni. Biar arak mahal.

Alasan pulau Langkawi pulau pelancong tak masuk akal.Kenapa kita kena ikut selera orang-orang luar? Tak boleh hidupkah kalau tak minum arak sepanjang cuti? Kita pergi negara mereka,ada mereka sediakan makanan HALAL dengan mudah kepada orang ISLAM?

Langkawi akan jadi permata Kedah yang benar-benar 'permata' kalau kita buat perubahan. Soal akhlak,akidah,kita ketepikan fahaman politik.Jangan biarkan Langkawi:Permata Kedah menjadi Langkawi: Bala Untuk Kedah.

2 comments:

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...