Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, December 24, 2010

Undang-Undang Syariah Yang Dibakul Sampah

Terima kasih diucapkan kepada blogger AdamHaikal sebab buat pendedahan berani tentang undang-undang 'syariah' peringkat negeri terhadap gejala nyah dan homoseksual. Rasanya dalam dunia maya ni hampir semua tau tentang video Saya Gay,Saya OK yang diterbitkan oleh Seksualiti Merdeka.

Respon sikit tentang video tu,jawapan pertama yang patut diberi ialah apabila Allah mereka tak takut, maka jadilah berani seperti tu. Memang dalam Islam,berdakwah kena secara hemah. Malah teringat kata-kata seorang ustaz semasa kuliah agama dulu, kita nak berdakwah tawan dulu hatinya.Selepa tawan barulah kita suntik sikit demi sikit apa yang nak didakwahkan.

Bukan nak kata diri ni sempurna, semua manusia ada dosa. Cuma yang bezakan, sama ada dosa besar atau dosa kecil yang kita lakukan. Persoalan video tu semua tahu dalam kategori mana dosa tersebut diletakkan.

Berikut adalah hukum syariah versi Malaysia:

ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri
Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988 (NEGERI KEDAH)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985 (NEGERI KELANTAN)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN
Seksyen 72. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 (NEGERI PERLIS)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.
(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995 (NEGERI SABAH)
BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya.
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kalau tengok dari aspek syariah versi Malaysia,memang tidak gerun.Malah undang-undang terbabit sekadar catatan atas kertas tanpa pelaksanaan.Istilah kasar, dibakul sampah.

Dari aspek syariah yang sebenarnya, hukum bagi gejala homoseksual ialah:

1. Pendapat pertama: Hukuman Mati

Para ulama yang mewakili pendapat yang pertama mengatakan bahawa hukuman buat pelaku seks sejenis adalah hukuman mati.

Sebahagian dari mereka mengatakan hukuman mati dilaksanakan dengan cara rejam, seperti merejam penzina muhshan. Sebagian ulama lainnya mengatakan dengan cara dibakar hidup-hidup. Sebagian lainnya mengatakan cukup dipenggal kepalanya dengan pedang. Sebahagian lagi mengatakan dengan cara dilempar dari tempat yang tinggi seperti gedung bertingkat atau dari atas jurang.

Dalil mereka atas kewajiban menghukum mati pelaku seks sejenis ini adalah berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

Apalabila kalian mendapati ada orang yang melakukan hubungan seksual dengan cara umat nabi Luth, maka bunuh pelakunya dan objek pelakunya.(HR. Al-Khamsah kecuali An-Nasai)

2. Pendapat kedua: Seperti Hukuman Penzina

Menurut sebahagian ulama lainnya, mereka harus dihukum sebagaimana pelaku zina biasa. Bila yang melakukannya orang yang belum menikah secara syar’i, maka hukumannya disebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun.

Namun bila sudah bernikah, maka hukumannya adalah hukum rejam sampai mati.

3. Pendapat Ketiga: Hukum Ta’zir

Para ulama ada yang berpendapat bahawa tidak ada dalil hudud yang langsung menyebutkan bahawa pelaku seks sejenis boleh dihukum seperti pelaku zina. Kerana itu, menurut pendapat ketiga, mereka dihukum dengan hukum ta’zir yang ditetapkan oleh hakim.

Misalnya disebat 99 kali atau dipenjara selama 1 tahun atau dipukul rotan dan lainnya. Pendeknya, dalam hukum ta’zir ini memang tidak ada kententuan dalam bentuk hukuman, semua diserahkan kebijaksanaan hakim.

Kalau kita bandingkan ketiga pendapat di atas, menurut As-Syaukani yang paling kuat adalah pendapat yang pertama. Di mana pelaku seks sesama jenis itu harus dihukum mati, sebagaimana telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sendiri secara langsung.

Tiada hukuman seadil hukuman Allah. Jika ada yang menyatakan itu fitrah,kalian secara terang melawan Tuhan kerana mustahil Tuhan menjadikan hamba-hambaNya untuk berfitrah seperti itu. Tidak hairan jika Malaysia bakal musnah kerana dosa-dosa besar ini!

*p/s: bukan untuk menyisihkan mana-mana pihak.artikel ini diambil dari laman web lain. sekadar peringatan buat semua termasuk diri sendiri. (^_^)

5 comments:

  1. mkin hari,mkin ramai laki yg nk jdi pompuan,jdi gay.
    tak tahu takut.
    =='

    ReplyDelete
  2. cantek name seksyen die.pondan.

    yg salah di sisi agama tetap salah. hukuman dunia tak sama dengan hukuman akhirat kan? Seronok di dunia, akhirat nanti ape crite?

    ReplyDelete
  3. ajie: perempuan nak jadi lelaki pun ramai

    ReplyDelete
  4. mimie:betul..enakmen nama pondan tp xguna pun. terkilan je la bila geng Seksualiti Merdeka makin berani dan didalangi oleh org 'atasan'

    ReplyDelete
  5. makin tenat masalah ni, semakin berani masyarakat menonjolkan diri

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...