TERKEJUT! Itu saja respon yang mampu aku katakan apabila berita penculikan calon Pro-Mahasiswa, Masturah Abu Bakar, aku baca. Aku hanya mampu katakan politik kampus mula dikotorkan oleh puak-puak tertentu.
Penculikan selama 24 jam itu nyata satu taktik untuk menghalang Pro-Mahasiswa untuk mara. Aku pelik, kenapa politik kampus pun nak dicemarkan? Mana martabat politik kampus?
Aku tak tuduh sapa-sapa tapi cuma pelik kenapa kuasa mahasiswa nak disekat? Adakah kita mahu semangat Baling,Kedah berulang?
Mungkin ada hikmah disebalik ujian. Kita nantikan keputusan rasmi pilihanraya kampus IPTA ini. Bangkit tetap bangkit walau dengan cara tersendiri!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.