Tapi layakkah untuk aku katakan aku rindu dia? Aku ni siapa la disisi Sang Pencipta?
Nak jadi manusia sempurna, memang susah sangat. Tapi nak jadi manusia bersifat syaitan, cukup mudah. Errr..apa aku melalut ni. (^_^)
Tak nak buang masa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEKASIH AGUNG buat seluruh umat Islam. Kekasih Agung yang aku maksudkan ialah Rasulullah. Aku rindukan Baginda. Aku rindukan suasana Islam mentadbir dunia. Sampai bila umat kita akan terus dihina? Sampai bila kita nak hinakan agama kita sendiri?
Aku pun selalu rosakkan agama aku, jauh sungguh aku dari Sang Pencipta.
Roh perjuangan Baginda akan terus hidup, dunia pasti berubah. Salam Maulidur Rasul. Ya Rasulullah, Kaulah Terhebat!!!
EVOLUSI PASTI BERLAKU
ZAMAN GEMILANG PASTI TIBA
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.