Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, August 24, 2011

Somalia: Konflik Tak Sudah

Berita mengenai penderitaan rakyat Somalia semakin mendapat perhatian dunia. Bantuan pun diminta sana-sini demi memberi harapan kepada rakyat Somalia agar terus hidup di muka bumi.

Somalia,siapa tak kenal.Sebuah negara yang cukup musnah, kemusnahannya mengatasi Palestin, Afghanistan, Kashmir dan Chechnya. Somalia dari segi fakta diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat. Tetapi dek kerana perbalahan yang panjang, Somalia dilihat tidak mempunyai kerajaan yang sebenar.

Sana-sini kedengaran bunyi senjata. Kes lanun terbesar dunia pula terus mencatatkan Teluk Aden yang berdekatan Somalia sebagai lokasi lanun tertinggi.

Somalia mencapai kemerdekaan pada 1 Julai 1960, apabila British Somaliland dan Italian Somaliland bergabung membentuk Somalia. Regim komunis mula mengambil alih pentadbiran Somalia pada tahun 1969 hingga 1990.

Ketika itu, Somalia masih dilihat mempunyai kerajaan walaupun berada di bawah kuasa komunis.

Somalia yang berpecah

Perpecahan Somalia bermula pada tahun 1991 apabila puak-puak bertelagah di Somalia melancarkan perang saudara. Bermula saat itulah,segala kekuatan tentera Somalia, kerajaan Somalia dan Parlimen Somalia musnah sehingga sekarang.

Somalia kembali berpecah kepada keadaan asalnya, dimana British Somaliland mengisytiharkan merdeka dari Somalia pada 18 Mei 1991.Walau bagaimanapun, dunia tidak mengiktiraf kemerdekaan Somaliland.

Keadaan menjadi buruk apabila Puntland mengisytiharkan autonomi dari Somalia. Manakala wilayah lain berada dalam keadaan kacau bilau. Pemerintahan sentiasa bertukar dan sistem kerajaan Pusat nyata gagal diwujudkan sehingga kini.


Pejuang Al-Shabab dilihat antara angkatan tentera paling kuat ketika ini. Malah mereka pernah menawan hampir seluruh Somalia. Kewujudan Transitional Federal Government (TFG) dilihat masih lagi lemah.

Al-Shabab pernah menawan Baidoa,pusat pemerintahan TFG dan membunuh 3 orang menteri.

Konflik Somalia masih menjadi tanda tanya penghujungnya. Kebuluran rakyat Somalia tidak dinafikan berpunca dari kemarau luar biasa negara terbabit tetapi kemarau ditambah dengan konflik tak sudah, suasana negara pasti terus huru-hara. Penyatuan perlu dilakukan segera demi kedaulatan Somalia sebenar.

1 comment:

  1. salam bro..


    entri menarik, baru tau ceerita sebenar somalia ni...semua penjajah main peranan pecah belah masyarakat...

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...