Terharu bila terbaca tentang sokongan dan pandangan orang bukan Islam mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Tatkala ada dalam kalangan ORANG MELAYU ISLAM itu sendiri menentang pelaksanaan undang-undang ini, namun masih ada golongan bukan Islam yang sedar akan hakikat mengapa hudud perlu dilaksanakan.
Menurut blog Macam Ni Lah, seorang penganut Kristian telah mengeluarkan pandangannya tentang pelaksanaan hudud di Facebooknya. Lihat gambar bawah ni:
Dan pada 24 Disember 2008 lalu, seorang rakyat Malaysia berbangsa India merangkap seorang pendidik negara telah menyatakan sokongannya terhadap pelaksanaan hudud di Malaysia.
Tapi yang menyedihkan umat Islam, apabila yang menentang itu adalah ORANG ISLAM dan ada antara mereka itu adalah PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA MALAYSIA. Fikirlah secara ISLAM,bukan JAHIL tentang mengapa hukuman ini perlu untuk umat Islam.
Kepada yang memperjuangkan Islam, sekarang tugas kita untuk menerangkan apa itu hudud secara berhemah. Kepada yang menentang, fikirlah balik adakah anda benar atau tak.Jangan sampai syahadah hilang dari diri anda.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.