Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Laman sosial atau media sosial sememangnya menjadi fenomena dunia ICT dan akan terus berfungsi selagi dunia ICT wujud. Kalau dulu ramai manusia di dunia ni menggunakan laman Friendster,kemudian beralih kepada Myspace, kadang-kadang Tagged, ada juga Hi-5 dan sebagainya. Kini laman paling popular sudah pasti laman Facebook dan Twitter.
Malah dek kerana popularnya Facebook, muncul la lagu Cinta Muka Buku (Najwa Latif). Tapi entry ni bukan nak ulas soal lagu Najwa Latif tu.
Laman sosial ni cukup mudah digunakan,taip saja 'status' maka terupdatela status tu. Lebih mudah lagi mencari kawan menggunakan laman sosial ni.
Tapi sedar atau tak laman sosial ini juga hakikatnya menyusahkan manusia akhir zaman. Kes jenayah, khianat, dengki, 'perang siber' semuanya kini berlaku hanya di laman sosial. Kerana satu status diupdate, ia memberi sejuta gambaran.
Ada yang bijak menggunakan laman sosial,dan tak kurang juga yang kurang bijak menggunakan laman sosial ni. Yang bijak menggunakannya untuk berkongsi ilmu,sebarkan maklumat terkini manakala yang kurang bijak pula menjadikan laman sosial medan untuk menyerang orang yang tak disukai.
Ada yang bangga meletakkan segala maklumat diri di laman sosial tapi bila marah apabila orang yang disukai membaca maklumat tersebut.
Mengupdate status yang berunsur mengata semakin menjadi-jadi sekarang. Malah ada yang menyerang orang yang dia tak suka tapi dalam masa yang sama remove orang yang diserang dari senarai rakan laman tersebut.
Luahan perasaan tanpa kawalan di laman sosial bukan satu tindakan bijak. Malah ia kelihatan seperti memperbodohkan lagi diri kita. Untuk apa kita mengupdate status yang agak emosi? Adakah ia akan menyelesaikan masalah kita atau makin memburukkan keadaan?
Sepatutnya emosi kita diluahkan secara personal kepada Sang Pencipta,bukan kepada laman sosial. Laman sosial tak mampu memberi jalan penyelesaian sebenarnya. Malah meluahkan perasaan di laman sosial menyebabkan kita kelihatan mencari publisiti murahan.
Laman sosial bukan medan untuk berperang.Gunakan akal sebelum buat sesuatu.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.