Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, January 13, 2011

AWAS!!!Selamatkah Gambar Kita?

Terdapat berpuluh laman sosial yang wujud di muka bumi ini. Dari Friendster,Myspace,sehinggalah ke Facebook. Dan dalam laman-laman tersebut, pelbagai gambar diupload dengan gaya-gaya tersendiri.

Memang gambar yang diupload itu atas dasar gambar peribadi tapi dalam kita upload gambar-gambar tersebut, ada pihak yang akan ambil kesempatan.

Percaya atau tak, tapi inilah realiti. Ada gambar-gambar anda di'guna' untuk tujuan lain. Ada yang diedit jadi gambar seksi-seksa, ada yang dijadikan bahan 'bualan nafsu' di laman-laman blog dan ada yang dijadikan bahan senda gurau 'alat bawah'.

Memang kasar bunyinya.

perkataan gambar gadis dan bertudung tertera dengan jelas

Paling malang,gambar gadis bertudung dijadikan sasaran utama. Tak caya? Cubalah buat penilaian sendiri dengan search Google.

Bagi pasangan suami isteri tu,jagalah barang-barang privasi anda. Sekarang terlalu banyak aplikasi yang boleh diguna untuk godam laman-laman sosial ni. Bukan cakap bohong tapi memang berlaku.

Untuk elakkan gambar anda diguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab, eloklah diprivatekan setiap gambar di laman sosial untuk tatapan sesetengah orang saja. Atau jangan upload gambar penuh. Atau jangan upload gambar seksi-seksa. Atau jangan upload gambar tak tutup aurat. Atau JANGAN UPLOAD terus gambar peribadi yang boleh dijadikan bahan tadi.Kalau nak upload sangat,elak letak gambar sorang diri.

Zaman moden macam-macam boleh jadi. Awasi harta anda termasuk video atau gambar. Terutama kepada kaum Hawa, jangan mudah percaya dengan lelaki selagi tidak ada ijab kabul. Napa? Kerana berjuta mangsa sudah jadi sasaran makhluk-makhluk nafsu kuat ni.

* aku bukan ahli agama tapi aku cuma sampaikan saja hasil pemerhatian, search sana-sini dan akhirnya, terasa nak publish entry.

1 comment:

  1. zaman moden bnda caggih mcm nie lak jadinye erkk menakutkan tol!!

    im following u :P

    Meh Singgah: Tiru Gaya Artis..Lawaks!

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...