Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, November 28, 2011

Restoran Noodle Station Maju Junction Meletup

Dua bulan lalu, negara pernah digemparkan dengan insiden letupan di pusat beli-belah Empire Gallery di Subang Jaya dekat sini, berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.


Malam tadi, satu lagi kejadian letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas berlaku di restoran Noodle Station yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Mujurlah insiden kali ini tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan pusat beli-belah terbabit kerana ia berlaku kira-kira sejam selepas semua premis perniagaan di bangunan itu menutup operasi.

Namun, letupan kuat itu mengejutkan orang ramai yang sedang menjamu selera di sebuah restoran terletak kira-kira 200 meter di seberang jalan, manakala serpihan dinding kaca restoran pecah berderai dan tercampak sehingga di atas jalan raya.

Letupan mengakibatkan bangunan restoran Noodle Station itu hampir musnah keseluruhannya. Dua lagi restoran terletak bersebelahan iaitu Starbuck dan Pizza Hut bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihaknya pada pukul 11.25 malam tadi.

Beliau berkata, seramai 30 anggota dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit termasuk anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) serta forensik kebakaran tiba di lokasi kejadian dalam tempoh tujuh minit.

Katanya, siasatan percaya letupan adalah berpunca dari sistem saluran gas petroleum cecair (LPG) di dapur restoran yang terletak bersebelahan pintu utama pusat beli-belah itu yang menghadap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Letupan menyebabkan tingkap atau cermin bahagian restoran pecah dan serpihannya tercampak di atas jalan raya.

Sunday, November 27, 2011

Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah 1433H Selangor


Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Datuk Ismail Kamus menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.-BERNAMA

Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011.

Manakala bagi Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1433H disandang oleh Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65.

Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, sebentar tadi.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman.

Wednesday, November 23, 2011

FAKTA! Kandungan E-Coli di Kelantan Lebih Rendah

surat SPAN

Dalam kekecohan tentang tahap E-Coli dalam air yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kepada rakyat Kelantan, rupa-rupanya ada fakta sebenar tak dihebohkan oleh media perdana Malaysia.

Kandungan surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

Kandungan surat tersebut menyatakan negeri-negeri yang kurang memuaskan tahap kualiti air serta mengandungi e-coli ialah:

1- Perlis = 1.21%,
2- Pahang = 1.12%,
3- Labuan = 1.01%,
4- Perak = 0.90%,
5- Kelantan = 0.88%,
6- Johor = 0.52%

Kebenaran tetap kebenaran. Harap media perdana jangan terlalu kejar politik semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...