Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )
Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Parti Islam Menang di Tunisia

TUNIS  - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.

Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.

Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi.

Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.

Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi.

Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan piihan raya itu dibuat.

Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakilla berkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru.

Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP

Wednesday, June 8, 2011

Pelampau Yahudi Serang Masjid


RAMALLAH 7 Jun - Pendatang haram Yahudi cuba membakar sebuah masjid di Tebing Barat dan menconteng slogan anti-Arab pada dindingnya, kata sumber keselamatan Palestin hari ini.

Pelampau Yahudi itu membakar beberapa tayar di dalam masjid di kampung al-Mughayyir, 20 kilometer ke timur laut Ramallah, menyebabkan tikar sembahyang di dalam bangunan itu rosak.

Mereka juga menyemburkan perkataan 'Alei Ayin' pada dinding masjid, nama sebuah kawasan penempatan haram Yahudi yang dimusnahkan oleh polis Israel minggu lepas sehingga mencetuskan pertempuran sengit dengan pendatang.

Seorang jurucakap tentera yang mengesahkan percubaan untuk membakar masjid itu berkata, pentadbiran tentera sudah menerima aduan daripada penduduk dan menghantar sepasukan pakar forensik untuk mencari bahan bukti.

Pendatang haram Yahudi mengamalkan apa yang mereka sebut sebagai dasar 'tanda harga' di mana mereka menyerang penduduk, ladang atau kampung Palestin, setiap kali kerajaan Israel bertindak untuk menyekat pembinaan kawasan penempatan haram.

Israel menganggap kawasan penempatan terpencil Yahudi yang dibina di Tebing Barat tanpa kelulusan kerajaan sebagai menyalahi undang-undang, dan kerap menghantar pasukan keselamatan untuk memusnahkannya.

Kawasan itu selalunya menempatkan hanya beberapa buah rumah bergerak.

Masyarakat antarabangsa menganggap semua kawasan penempatan Yahudi yang dibina di Tebing Barat, yang ditawan oleh Israel daripada Jordan 44 tahun lalu semasa Perang Enam Hari 1967 sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP

Tuesday, June 7, 2011

Banjir Menyerang Singapura (2011)

Pokok tumbang, kereta rosak di tengah jalan dan gedung beli-belah dimasuki air.

Demikian antara rentetan masalah yang berlaku apabila hujan lebat lebih empat jam pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di serata Singapura dinaiki air.

Selain daripada banjir kilat di kawasan MacPherson dan banyak jalan raya menjadi seakan 'sungai', beberapa besmen bangunan pula digenangi air. Paling teruk terjejas adalah di kawasan Tanglin.

Semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang baru, Dr Vivian Balakrishnan, bergegas ke Tanglin Mall setelah diberitahu besmen bangunan itu digenangi air setinggi 100 milimeter.

Semasa meninjau bersama para pegawai kanan agensi air negara, PUB, Dr Balakrishnan mengalu-alukan semangat para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan yang dimasuki air berlumpur bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dan perniagaan boleh diteruskan.

Selain daripada perniagaan, tempat meletak kereta di besmen bangunan itu - dan besmen di beberapa bangunan lain di sekitarnya seperti Orchard Towers, Forum The Shopping Mall, Delfi Orchard, Liat Towers dan St Regis Residences - juga dimasuki air.

Orang ramai yang memuatnaikkan gambar-gambar di laman Stomp turut melaporkan banjir di Holland Road, Cuscaden Road, Eng Neo Avenue, Dunearn Road, Bukit Timah, Sennett Estate dekat Potong Pasir, MacPherson, Toa Payoh, Boon Keng, Bendemeer dan Balestier.

Seorang penduduk di kawasan Balestier, Encik Michael Ng, berkata jalan raya di Mandalay Road 'kelihatan seperti sebatang sungai'.

Hujan lebat turut menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah lori di Bedok Reservoir Road.

'Emak menjerit apabila pokok tumbang. Saya bersyukur ia tidak menjejas kereta saya tetapi kesiankan pemilik lori itu,' kata Cik Sharifah Mohamed Sharif menerusi e-melnya kepada Berita Harian Singapura semalam.

Dalam kenyataannya semalam, PUB berkata ia telah mengerahkan kakitangan dan kontraktornya ke tempat-tempat yang terjejas. Pam dan lori tangki juga dikerah bagi membantu mengepam air keluar dari bangunan.

Banjir berlaku semasa air surut dan tujuh pam beroperasi di Bendungan Marina bagi menurunkan paras air di Kolam Air Marina, katanya. -BHS

Bawah ni gambar-gambar banjir di Singapura:












admin: macam tak percaya Singapura banjir.

Sunday, May 8, 2011

Scotland Adakan Referendum Kemerdekaan

EDINBURGH - Scotland semakin menghampiri kemerdekaan daripada Britain selepas Parti Nasional Scotland (SNP) memperoleh kemenangan mengejut dalam pilihan raya tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Susulan kemenangan SNP, pemimpinnya, Alex Salmond akan mengadakan satu pungutan suara rakyat bagi merealisasikan kemerdekaan Scotland dalam masa terdekat.

Parti SNP memperoleh kemenangan majoriti sekali gus menguasai Parlimen Scotland. Ia merampas 69 kerusi pada pilihan raya berkenaan yang berlangsung Khamis lalu.

Parti itu menewaskan parti pemerintah, Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri David Cameron yang cuma memperoleh 37 kerusi manakala sebuah lagi parti utama Britain, Parti Konservatif memenangi 15 kerusi.

Britain merupakan sebuah negara merdeka yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.

Scotland merupakan sebahagian Britain sejak tahun 1707.

Dari sudut perlembagaan, Perdana Menteri Britain berkuasa untuk menghalang kemerdekaan Scotland tetapi realitinya adalah sukar untuk mengekang hasrat rakyat Scotland yang inginkan pemerintahan sendiri. - Agensi

Tuesday, May 3, 2011

Isteri Osama Turut Terbunuh

White House percaya seorang wanita yang terbunuh apabila komando Amerika Syarikat menyerang dan menembak mati pemimpin al-Qaeda, Osama Laden, adalah seorang daripada isterinya.

John Brennan, penasihat utama Presiden Barack Obama dalam perang terhadap keganasan, memberitahu wartawan mayat wanita itu dalam kedudukan "beliau digunakan sebagai perisai manusia".

“Ketika itu anggota keluarganya berada di pekarangan kediaman mewah berkenaan, terdapat wanita yang bertindak menjadi 'perisai' kepada Osama yang ketika itu dihujani peluru," kata Brennan.

Ditanya lanjut mengenai seorang wanita ditembak mati oleh komando marin Amerika dalam serangan di Abbottabad, Pakistan itu adalah salah seorang daripada empat isteri Osama, Brennan dalam taklimatnya berkata: “Itu apa yang saya difahamkan."



Tangkap hidup-hidup 

Menurutnya, pihaknya masih belum pasti sama ada anak Osama atau isterinya bertindak menghalang tembakan itu dalam kejadian serangan berkenaan.

“Daripada gambaran yang diperoleh, Osama yang kononnya berjuang sebenarnya hidup dalam rumah berjuta dollar, tinggal di kawasan mewah yang jauh berbeza dari anggotanya yang berjuang dan bersembunyi di belakang wanita yang menjadikan diri mereka perisai untuknya," katanya.
Dalam pada itu, seorang pegawai Amerika kepada AFPsemalam, bahawa pihaknya sedia menangkap Osama hidup-hidup jika ketua kumpulan Al-Qaeda itu menyerah diri.

"Anggota pasukan elit AS, Navy SEAL bersedia untuk sebarang kemungkinan jika dia menyerah diri.

"Namun dia menentang sepanjang pertempuran dan akhirnya terbunuh setelah ditembak di kepala," katanya.

'Jenazah' Osama Dikebumi Bawah Laut

Alasan Amerika Syarikat Alasan Bodoh

Berita 'kematian' Osama Laden telah heboh diperkatakan di seluruh dunia. Gambar yang menyatakan itu adalah mayat Osama Laden turu disebarkan.

Terkini, Amerika Syarikat pula mendakwa telah mengkebumikan 'jenazah' Osama di bawah dasar laut atas alasan tiada negara yang ingin mengambil mayat pemimpin al-Qaeda itu.

Satu alasan paling bodoh diberikan kepada dunia.Menurut Pegawai Keselamatan AS, mayat tersebut terpaksa dikebumikan di dasar laut mengikut 'cara Islam' selepas tiada negara ingin menuntutnya dan mayat perlu disemadikan dalam tempoh 24 jam.

Tapi Jurucakap Universiti al-Azhar memberi respon berikut:

"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya.

Monday, May 2, 2011

Benarkah Osama Sudah Tiada?

Visual video yang dikeluarkan Geo TV menunjukkan kebakaran di kawasan pemimpin Al Qaeda Osama bin Laden dilaporkan terbunuh di Islamabad, Pakistan. Osama merupakan penjenayah paling dikehendaki dunia selepas melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Foto AP
GEMPAR! Selepas kematian anak bongsu Muammar Gadaffi,Saif al-Arab bersama 3 lagi cucu Gadaffi, hari ni 2 Mei 2011, Amerika Syarikat pula umumkan yang Osama Laden sudah terbunuh.

Menurut Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Osama terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di Pakistan pada 1 Mei 2011 lalu.

"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.

"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.

Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".

"Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.

Bagaimanapun ramai pihak masih tidak percaya dengan berita ini. Apa yang penting sekarang ialah bukti jenazah Osama Laden. Jika benar Osama sudah tiada, akan lahir sejuta lagi singa yang berani menentang rejim Amerika Syarikat.

Osama Laden Meninggal Dunia?

Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama.

Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu

Friday, April 29, 2011

Fatah-Hamas Berdamai

d

Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.

Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.

Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.

Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.

Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.

“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.

Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.

“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.

Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.

“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.

Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru’. – Reuters

Wednesday, December 8, 2010

Dunia Takut Dengan Wikileaks?

Sejak akhir-akhir ini,nama organisasi Wikileaks cukup popular bukan sahaja di Malaysia malah seantero dunia. Malah akaun-akaun milik Wikileaks dan laman web Wikileaks sendiri ditekan dengan hebat atas alasan keselamatan.

Terbaru, pengasas Wikileask, Julian Assange, menyerah diri secara rasmi kepada polis Britain. Beliau ditahan atas tuduhan jenayah seksual. Wah, lepas pendedahan demi pendedahan dibuat Wikileaks, baru kes-kes jenayah ke atas pengasasnya nak dihebohkan? Inilah realiti dunia.

Berbalik kepada Wikileaks,siapa Wikileaks ni? Sama ke Wikileaks dengan Wikipedia?

Wikileaks merupakan organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Sweden dan mula beroperasi pada Disember 2006.

Wikileaks merupakan organisasi yang bertanggungjawab mendedahkan pelbagai dokumen rahsia terutama berkaitan dengan Amerika Syarikat. Hah! Ada juga dokumen rahsia membabitkan Malaysia turut didedahkan. Malah ada banyak lagi negara turut terkena tempias tindakan Wikileaks ni.

Julian Assange,pengasas Wikileaks

Bila dibaca setiap pendedahan Wikileaks ni, ada gak yang lucu tapi ada gak yang membahayakan keselamatan negara. Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah layari laman web Wikileaks sendiri. Tapi rasanya banyak laman web Wikileaks sudah ditutup. Tapi AMI yakin Wikileaks akan terus bongkar rahsia-rahsia dunia.

Secara peribadi, ada pendedahan Wikileaks yang AMI sokong,ada yang tak. Setidaknya,kita selaku rakyat,tahu tentang agenda tersembunyi dunia. Apapun, kita tunggu dan lihat permainan baru Wikileaks nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...