Ramadhan 1432H bagi aku satu Ramadhan paling jahil pernah aku sambut. Aku seolah tak hargai kedatangan Ramadhan sampaikan aku lupa pada Sang Pencipta aku.
Aku leka dengan kesibukan dunia. Assignment sana-sini (kononnya), komen sana-sini tentang banyak benda. Sampaikan sedar atau tak,DIA dah tarik nikmat Ramadhan yang pernah aku dapat dulu. Hijrah aku dulu seolah hilang nilainya sekarang.
Aku selalu menyalahkan suasana tempat aku belajar. Tapi aku lupa,zaman Rasulullah dulu,Islam lagi dahsyat untuk survive. Jahilnya aku Tuhan.
Kemuncak kejahilan aku, satu benda yang belum pernah aku buat dengan sengaja berlaku. Hanya Tuhan yang tahu. Bodohnya aku sedangkan ilmu telah DIA kurniakan kepada aku serba sedikit tentang hukum-hakam Islam.
Ya Allah, aku akui aku cukup berdosa Ramadhan tahun ini. Aku mengharapkan satu proses Islah yang baru untuk aku hijrah kepada fitrah aku sebenar. Aku terima hukumanMu sekarang. KAU Maha Tahu hati aku. Sukar aku ikhlaskan diri untukMu.
Manusia nak memanusiakan diri cukup susah.Nafsu memang kuat dalam diri. Kerana nafsu,aku tewas. Aku tak mahu jatuh lembah hina. Aku harapkan Syawal 1432Hijrah ini jadi satu permulaan untuk aku berubah balik. Biarlah Muharram 1433Hijrah nanti aku sambut sebagai seorang Muslim yang Mukmin dan tak hipokrit.
Kepada insan-insan yang terleibat, sejuta kemaafan aku mohon. Aku terima hukuman kalian. Biarlah hilang seorang sahabat seperti aku yang teruk ni,dari hilang sejuta sahabat yang lebih baik.
Showing posts with label admin. Show all posts

Monday, September 5, 2011
Thursday, May 19, 2011
Blogger Telordibasuh Kembali Ke Rahmatullah
Siapa tidak kenal dengan blogger Telordibasuh? Hampir semua yang berada dalam dunia blog ini tahu kewujudan blog ni.
Dan aku sendiri merupakan pembaca blog tersebut sebab blog tersebut cukup kreatif.
Berita pemergian beliau aku dapat dari laman Facebook. Mula-mula ingat khabar angin tapi rupanya betul-betul
Nama arwah yang sebenar ialah Abdul Hakim Bin Mohd Kamal.Beliau meninggal dunia sebab sakit asma yang kuat.
Takziah diucapkan kepada beliau.Al-Fatihah.
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru 2011
| sekadar gambar hiasan |
Guru bukan tugas mudah,tak semudah ABC untuk kita mengajar anak-anak orang. Kadang-kala kita sendiri tak terajar untuk kenal diri kita,didik diri kita supaya jadi seorang yang benar-benar profesional. Matang yang sebenar ialah menjadikan pengalaman hidup baik manis atau pahit, sebagai pengajaran dan bertindak menggunakan akal dan rendah diri dalam semua perkara.
Guru bukan hanya mengajar orang tetapi mengajar diri kita sendiri. Selamat hari guru 2011. (^_^)
*perutusan skema la konon..lalalala
Monday, May 2, 2011
Benarkah Osama Sudah Tiada?
GEMPAR! Selepas kematian anak bongsu Muammar Gadaffi,Saif al-Arab bersama 3 lagi cucu Gadaffi, hari ni 2 Mei 2011, Amerika Syarikat pula umumkan yang Osama Laden sudah terbunuh.
Menurut Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Osama terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di Pakistan pada 1 Mei 2011 lalu.
"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.
"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.
Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.
Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".
"Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.
Bagaimanapun ramai pihak masih tidak percaya dengan berita ini. Apa yang penting sekarang ialah bukti jenazah Osama Laden. Jika benar Osama sudah tiada, akan lahir sejuta lagi singa yang berani menentang rejim Amerika Syarikat.

Sana Putera William Kahwin Sini Sumpah Laknat
Tarikh Putera William berkahwin sama dengan tarikh berlakunya satu majlis sumpah laknat di Malaysia. Tatkala seluruh dunia tertumpu ke Britain, negara kita pula heboh dengan aksi politik kotor.
Sumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh 'Dato Trio' berlangsung di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Datuk Trio terdiri daripada 3 insan manusia bernama Eskay, Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim.
Tatkala dunia tertumpu ke Britain, kita pula bangga dengan aksi politik paling kotor dalam sejarah Malaysia. Sumpah tanpa pengetahuan agama, itulah label paling sesuai untuk mereka yang bersumpah.
Adakah politik Malaysia terlalu 'desperate' untuk dipopularkan sehinggakan segala perkara hatta yang haram, dihalalkan. Malu, cukup malu dengan gelagat paling bangang ni.
Perkahwinan Putera William yang menjadi satu event of the year tahun ini nampaknya terpaksa menghadapi saingan dengan suasana sesumpah politik Malaysia.
Mana perginya maruah kita sebagai masyarakat berilmu? Mana hilang iman kita? Tak malukah kita dengan fenomena melanda Malaysia?
Lebih 50 tahun merdeka tapi akal kita masih tahap 0. Kepada rakyat Malaysia, kalian kian berilmu, dan ada pegangan agama masing-masing. Gunakan akal untuk fikir sebelum angguk segala berita yang diberikan.
Berikan keadilan kepada negara ini. Hentikan kezaliman.Jangan sampai laknat Allah turun kepada kita pula.

Monday, April 25, 2011
Sokongan Kepada Program IKON Muslimat Muda
revolterAMI @ studiokini media
Program separa realiti akan mula menemui seluruh anggota masyarakat dalam masa terdekat melalui dunia maya.
Secara peribadi, aku amat menyokong penerbitan program ini. Mengapa? Kerana dunia sekarang terlalu dihidangkan dengan pelbagai program lagha terutama dalam kaca TV sehinggakan ia menumpulkan akal generasi baru Malaysia.
Generasi kita kian lemah, generasi kita kian lalai. Itulah hasil program realiti yang merealisasikan agenda musuh untuk menjatuhkan kita.
Ini merupakan pendekatan yang baik. Jika dalam TV ada imam muda, ada Akademi Nasyid (kini lenyap), ada Akademi Quran, apa salahnya dalam dunia maya ni kita anjur program untuk muslimat pula.
Cuma diharapkan objektif asal program ini tidak lari. Jangan sampai kita dituduh nak pergunakan muslimat sudah lah. Aku mewakili Studiokini Media menyokongan 100% program ini. Mungkin program ni akan jadi garis panduan untuk Studiokini pula untuk buat projek bawah Studiokini. (angan-angan ja lebih...hehehe).
*kenyataan media untuk Studiokini Media.

Friday, February 25, 2011
PR Kampus 2011: Aku Gembira
Pesta pilihanraya kampus 2011 bagi institut pengajian tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS hampir berakhir dan bagi IPTA-IPTA utama, ada sedikit kejutan berlaku. Siapa sangka kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) berjaya tumbangkan 'kerajaan mahasiswa' Pro-Aspirasi (Pro-A) di UKM, UM, USIM dan kekal di UIA.
Pro-M turut berjaya jadi penegur yang kuat di UTM, UPM dan beberapa IPT lain. Pro-M adalah label bagi penyokong oposisi manakala Pro-A lebih kepada pembawa aspirasi kerajaan.
Bagi IPG, aku dah lama follow beberapa 'kerajaan-kerajaan' guru pelatih di IPG-IPG Semenanjung Malaysia dan agak terpegun dengan suara JPP sana yang lantang menegur pentadbir. Membangkang bukan bermakna benci tapi kalau membangkang secara babi buta, rasanya tu tindakan kurang bijak.
Apa yang aku harapkan ialah suara pelajar didengar, bukan hanya dibisukan dan dipekakkan telinga. Semua manusia ada hak untuk bersuara dan pelajar tidak akan rumitkan terlalu maksimum pihak atasan kalau pelajar itu hidupnya tidak rumit.
Aku impikan guru-guru pelatih turut berani nyatakan kebajikan mereka. Dan bagi kampus aku, aku rasa sedikit hepi bila hampir semua jawatan tertinggi dipertandingkan. Satu evolusi untuk buka minda guru pelatih supaya perjuangkan hak mereka.
Bukan aku maksudkan tertindas tapi sekadar mengharapkan bakal guru tidak terlalu asyik dengan hiburan ja. Aku tak pernah lawan hiburan dan kalau ada pihak katakan. " Kita dah terlalu berkuliah apa salahnya kita berhibur".
Jawapan aku, tak salah berhibur tapi jangan sampai kita dicop kaki hiburan sampai lupa tanggungjawab.Minda kelas satu tak utamakan hiburan sangat. Dan aku tegaskan aku bukan anti hiburan tapi aku nak kita seimbangkan antara hiburan dengan yang lain ja.
Soal calon, secara jujur aku dah ada nama-nama untuk aku sokong. Kisah lepas, aku anggap untuk simpan dalam sejarah. Aku pun nak berubah, tapi bagi masa.Lastly, membangkang bukannya suka-suka tapi untuk buka minda. Selamat berpesta PR Kampus. HIDUPx2!MAHASISWA!BANGKITx2!MAHASISWA! Hehehe..ni slogan Pro-M
Pro-M turut berjaya jadi penegur yang kuat di UTM, UPM dan beberapa IPT lain. Pro-M adalah label bagi penyokong oposisi manakala Pro-A lebih kepada pembawa aspirasi kerajaan.
Bagi IPG, aku dah lama follow beberapa 'kerajaan-kerajaan' guru pelatih di IPG-IPG Semenanjung Malaysia dan agak terpegun dengan suara JPP sana yang lantang menegur pentadbir. Membangkang bukan bermakna benci tapi kalau membangkang secara babi buta, rasanya tu tindakan kurang bijak.
Apa yang aku harapkan ialah suara pelajar didengar, bukan hanya dibisukan dan dipekakkan telinga. Semua manusia ada hak untuk bersuara dan pelajar tidak akan rumitkan terlalu maksimum pihak atasan kalau pelajar itu hidupnya tidak rumit.
Bukan aku maksudkan tertindas tapi sekadar mengharapkan bakal guru tidak terlalu asyik dengan hiburan ja. Aku tak pernah lawan hiburan dan kalau ada pihak katakan. " Kita dah terlalu berkuliah apa salahnya kita berhibur".
Jawapan aku, tak salah berhibur tapi jangan sampai kita dicop kaki hiburan sampai lupa tanggungjawab.Minda kelas satu tak utamakan hiburan sangat. Dan aku tegaskan aku bukan anti hiburan tapi aku nak kita seimbangkan antara hiburan dengan yang lain ja.
Soal calon, secara jujur aku dah ada nama-nama untuk aku sokong. Kisah lepas, aku anggap untuk simpan dalam sejarah. Aku pun nak berubah, tapi bagi masa.Lastly, membangkang bukannya suka-suka tapi untuk buka minda. Selamat berpesta PR Kampus. HIDUPx2!MAHASISWA!BANGKITx2!MAHASISWA! Hehehe..ni slogan Pro-M
Tuesday, February 15, 2011
Selamat Hari Kekasih Agung!!!
Wow! Akhirnya hari yang ditunggu tiba gak. Rasanya rindu untuk aku lafazkan rasa cinta pada seorang insan agung ni.
Tapi layakkah untuk aku katakan aku rindu dia? Aku ni siapa la disisi Sang Pencipta?
Nak jadi manusia sempurna, memang susah sangat. Tapi nak jadi manusia bersifat syaitan, cukup mudah. Errr..apa aku melalut ni. (^_^)
Tak nak buang masa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEKASIH AGUNG buat seluruh umat Islam. Kekasih Agung yang aku maksudkan ialah Rasulullah. Aku rindukan Baginda. Aku rindukan suasana Islam mentadbir dunia. Sampai bila umat kita akan terus dihina? Sampai bila kita nak hinakan agama kita sendiri?
Aku pun selalu rosakkan agama aku, jauh sungguh aku dari Sang Pencipta.
Roh perjuangan Baginda akan terus hidup, dunia pasti berubah. Salam Maulidur Rasul. Ya Rasulullah, Kaulah Terhebat!!!

EVOLUSI PASTI BERLAKU
ZAMAN GEMILANG PASTI TIBA
Tuesday, January 25, 2011
Elaun Itu Duit Siapa?
" Wahh!!! Banyaknya elaun kamu. Bolehlah belanja ek".
"Elaun ni aku nak beli selipar baru, tuala baru dan bla bla bla".
Berjuta lagi ayat yang keluar bila elaun keluar. Elaun apa ek? Yang dimaksudkan elaun untuk pelajar-pelajar IPG. IPG tu apa? Tanyalah pakcik Google.
Elaun untuk penuntut IPG memang banyak dan tak salah kalau dikatakan pelajar-pelajar IPG anak emas kerajaan. (Kerajaan ye, bukan pertubuhan politik). Dan acapkali bila awal semester, soal elaun akan mula kedengaran di seluruh pelusuk kampus-kampus IPG di Malaysia.
Kalau nak dikatakan cukup, secara jujur memang tak cukup! Kenapa? Sebab tak mampu untuk kahwin. (^_^). Tapi kalau untuk belajar, insyaAllah cukup.
Sebut tentang elaun, terfikir gak, berapa peratus elaun digunakan untuk belajar? Bukan mengata sapa-sapa ye, tapi ambil realiti diri sendiri. Nak kata beli buku, buku dibeli boleh dihitung ja. Nak kata beli bahan makanan, rasanya semua orang beli makanan.
Enjoy? Mungkin duit elaun banyak habis dengan enjoy rasanya. Maklumlah, darah anak muda, apa lagi, jom kita enjoyla!
Tapi dalam nak enjoy, teringat kata-kata seorang ustaz (kepada yang kenal: Ustaz Saiful). Ayat beliau mudah ja:
" Elaun tu duit siapa? Duit rakyat kan. Kalau kita gunakan bukan untuk tujuan pelajaran, pernah kita fikir tentang rakyat yang susah payah bayar cukai?".
Kalau secara peribadi, saya terasa dengan ayat ni. Tapi betullah, kalau duit elaun sekadar 10% untuk kegunaan belajar, tak ke kita mempergunakan rakyat? Diri sibuk cakap perjuangkan rakyat, tapi diri sendiri tipu rakyat. (Terasanya saya!!!).
Keperluan belajar termasuklah kos makanan, kos pengangkutan, buku, photostat dan apa ja yang berkait dengan belajar.
Bagaimana nak hargai duit elaun (baca: duit rakyat)? Jawapan mudah, kita simpanlah sedikit untuk kegunaan masa depan.
* aku sendiri pernah salah guna elaun..dan aku kurang senang dengan elaun KPLI!!!

Thursday, December 30, 2010
Tahniah Malaysia!! Kenapa Harimau Malaya?
Tahniah MALAYSIA!! Mungkin ramai tak sangka Malaysia mampu naik sehebat sekarang. (alamak,terbelagak pulak). Malaysia akhirnya dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010.
Malaysia menang dalam kalah dan Indonesia kalah dalam menang. Hah!Betul la..Secara keseluruhan Malaysia menang Piala Suzuki tapi dalam permainan semalam Indonesia menang 2-1. (^_^).
Cuma sedikit pelik bila nama skuad negara tetap Harimau Malaya. Malaya? Bukankah kita sudah membentuk MALAYSIA?
Kenapa tak jadi Harimau MALAYSIA ja? Kalau ikut fakta sejarah Malaya tu Semenanjung Malaysia je..Maknanya kita kena tukarlah jadi HARIMAU MALAYSIA.
Nampak memang remeh tapi rasanya tak patut kita ketepikan nama Malaysia tu. Harapa masa akan datang nama skuad negara ditukar la..Bukankah Pak Najib tengah promote 1Malaysia.. lalalala

Monday, December 27, 2010
Permata Kedah: Arak Serendah RM1
Kesempatan bercuti buat kali kedua di Pulau Langkawi,Kedah diguna sebaik mungkin. Berjalan,melihat dan mentafsir la katakan. Dan Langkawi memang terkenal sebagai Permata Negeri Kedah. Perkara ini telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah dan direstui oleh Sultan Kedah sempena sambutan Jubli Emas Sultan Abdul Halim.
| budak sekolah rendah mampu beli |
Arak dibeli tanpa segan silu. Malah arak boleh dikatakan air 'mampu milik' hatta oleh orang pendapatan rendah. Kenapa?
Bayangkan air arak semurah RM1 dan RM2. Rasanya arak lebih murah dari air-air di gerai makan. Nescafe ais pun RM1.70, teh ais RM1.50.
| RM1? Harga yang setaraf air kelapa tepi jalan |
| bukang calang-calang arak |
Memanglah pulau ni bebas cukai tapi dalam penjualan arak,kenapa tak kawal penjualan ni supaya orang Islam tak boleh beli? Ataupun haramkan teruslah arak murah-murah ni. Biar arak mahal.
Alasan pulau Langkawi pulau pelancong tak masuk akal.Kenapa kita kena ikut selera orang-orang luar? Tak boleh hidupkah kalau tak minum arak sepanjang cuti? Kita pergi negara mereka,ada mereka sediakan makanan HALAL dengan mudah kepada orang ISLAM?
Langkawi akan jadi permata Kedah yang benar-benar 'permata' kalau kita buat perubahan. Soal akhlak,akidah,kita ketepikan fahaman politik.Jangan biarkan Langkawi:Permata Kedah menjadi Langkawi: Bala Untuk Kedah.
Wednesday, December 22, 2010
Pencarian Blogger Peramah 2011

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.
Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
- Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
- Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
- Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini > http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
- Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hah! Ami kenal blogger Ahsfantasy24 ni baru sebulan. So Ami joinlah pencarian blogger peramah ni sebagai tanda sokongan.Ami tag 3 orang je:
*Ami memang peramah apatah lagi mereka yang kenal Ami
Saturday, December 18, 2010
Aku Sayang Kawanku
![]() |
| Sebahagian kawan2 aku |
Hidup di dunia akan sepi tanpa kawan. Boleh dikatakan,kawan adalah orang paling rapat terutama bagi golongan muda-mudi dan tua-tui. (^_^).
Kawan boleh bimbing kita dan kawan pun boleh jatuhkan kita. Hah! Pernahkah kita rasa dibuang kawan? Rasanya,semua manusia akan rasa benda ni. Kadang-kala kawan baik mampu jadi kawan renggang,dan kawan renggang boleh jadi kawan baik. Itu adat dunia yang banyak menipu kita.
Ditikam kawan memang akan berlaku dalam dunia. Tak puas hati,rasanya semua ada.Malah aku sendiri pun ada perasaan tu.Lumrah sebagai manusia,bila cemburu kuasai diri,kita akan mudah jeles.Aku pun sama gak.
Tapi bila kita hilang kawan,baru kita sedar yang kita perlukan dia. Itulah yang aku rasa. Merasakan diri terlalu baik banyak membunuh kita. Bunuh perasaan dan bunuh ikatan kawan tu sendiri.
Aku cuba pertahankan ukhwah. Memendam rasa tak puas hati selalu aku amalkan demi kawan. Dunia blogger pun,ramai aku kenal kawan-kawan blogger walaupun tak pernah jumpapun. Malah ada yang aku tak rapat secara berdepan,mampu aku rapatkan dalam dunia blogger.Napa? Sebab aku banyak mesra dengan orang yang aku rapat je.
Nak pertahankan ikatan kawan tu sukar tapi cubalah.Hilang kawan memang sakit sangat.Kawanlah dengan semua ye. Aku sayang kawan aku...
Monday, December 13, 2010
Senarai Blog ke-84 di Bloglarian
Akhirnya blog Revolter AMI tersenarai gak dalam blog BlogLarian. Blog Ami duduk dalam senarai blog ke-84. Harap dengan cara ni dapat mempromosikan lagi blog Revolter AMI ni. Oppss!! Macam poyo ja.
Tapi memang realiti pun, tujuan sertai BlogLarian ni untuk mempromosikan blog disamping eratkan hubungan dengan para blogger. Setidaknya,bila blog makin maju, rasa nak ada domain sendiri makin menebal. Tapi bila nak ada domain sendiri? Paling awal 2011,paling lewat 2014. Hahahaha..
Banyak faktor kena fikirkan dulu.Pertama,posting dekat sekolah mana.Kedua, capaian internet di kawasan Ami duduk. Banyakla kena pertimbangkan.
Terima kasih admin BlogLarian sebab sudi senaraikan blog Revolter AMI.
Aku Ingin Berubah...Tapi Bagaimana?
Selepas hadir ke seminar HTM baru-baru ni, beberapa perkara AMI terfikir. Persoalan pokok yang datang, bila AMI nak berubah dan buang sekurangnya 20% sikap negatif. Umur makin tua, kubur makin dekat.
Nak tulis entry ni bukan tujuan nak menunjuk tapi rasanya blog dah jadi sebahagian daripada diari. Blog tempat AMI kongsi idea, luah benda yang tersimpan dalam hati. So, tak salah kalau AMI bagitau AMI nak berubah.
Kadang-kala bila nak berubah, kita selalu tak tahu bagaimana caranya. Nak berkongsi dengan kawan-kawan, bukan semua kawan kita faham kita. Jawapan yang AMI dapat, berubah dengan ilmu je.
Macam mana nak cari ilmu? Buku,berguru atau sahabat?Rasanya semua penting. Cuma ada benda kita buat benda tu, kita hanya boleh kongsi dengan insan-insan tertentu. Yang pasti, AMI nak makin matang.
Harap termakbul harapan AMI ni.

Tuesday, November 30, 2010
1st Time Ditag
Soalan-soalan ni ditag kawan AMI, abu kiut. Hahaha. Sebenarnya, ni pertama kali AMI ditag kawan. Maknanya,AMI akan terus aktif dalam blog personal ni. Bawah ni soala tag serta jawapan ikhlas dari AMI. (ikhlas mana boleh bagitau)
Q: Is there a person who is on your mind right now:
of course! tapi ramai sgt. one of them is my lover. (^_^).
Q: Do you want children :
laki mana tak nak anak? sudah tentu lah.plg minimum 3 org
Q: Do you smile often :
geng2 sekolah aku kata,aku payah senyum. tapi sapa2 yg kenal rapat dgn aku,pasti kenal aku
Q: Do you like your hand-writing? :
tak suka! tulisan aku buruk!
Q: Are your toenails painted:
haram tu!!!
Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in:
my parents coz bilik dorang ada aircond
Q: What colour shirt are you wearing:
black. i luv black coz nampak kurus
Q: What were you doing at 7:00pm yesterday:
berblog sambil tunggu maghrib.memang hantu blog
Q: I can't wait till :
2013. coz nak kahwin dgn dot dot
Q: When did you cry last:
tak ingat.anak jantan mana boleh nangis
Q: Are you a friendly person:
yes.coz frenz make me hepi
Q: Do you have any pets? ;
tak ada
Q:Do you sleep with the TV on?
cannot.bising!!!
Q:What are you doing right now? :
jawab soalan sambil blog walking
Q:Have you ever crawled through a window? :
no
Q:Can you handle the truth? :
insyaAllah
Q:Do you still have pictures of you & your ex?:
sepanjang bercinta, yg skrg ni aku betul2 serius.yg lain just on9.so xda gambar.lalalala
Q: If you're having a bad day, who are you most likely to go to? :
my beloved sister and my lover
Q:What is your room like:
entah.tapi mak kata selerak.hahaha
Q:What's right beside you:
errrr...seram!!haha..just hard disc.so hard
Q:What is the last thing you ate:
mihun grg
Q:Will u tag :
Tuesday, November 23, 2010
Apa Tujuan Cinta Syyhh Didedahkan?
Aku dah follow cerita yang dilaungkan oleh hamba ALLAH ni mengenai cinta syyhh dia dengan seorang lagi hamba ALLAH bertaraf mantan permaisuri. Episod terakhir ialah part 7.
Bagi aku, pendedahan ini selayaknya merupakan satu pendedahan kurang bijak dan mengaibkan diri sendiri. Kalau inginkan kebenaran dan pembelaan, dedahkan saja cerita itu dalam khalayak mereka yang tahu akan cerita ni.
Pendedahan menggunakan blog nyata hanya mencari publisiti murahan. Peliknya, puak nasionalis yang memperjuangkan bangsa M serta NGO yang cukup PERKASA hanya mampu mendiamkan diri. Pihak atasan pula mengapa senyap sejuta bahasa?
Isu Namewee dilaungkan sebagai perkauman tapi dalam membela nasib bangsa sendiri, mana hilangnya golongan puak ni?
Aku masih tak dapat baca apa maksud Uncle tu dedahkan kisah aib dia sendiri. Adakah dia memang jahil tentang agama? Kalau dia lakukan kesilapan mengapa tak bertaubat sendirian? Perlu untuk laung-laungkan lagi kisah 'cerdik' dia?
Aku taknak hentam lebih-lebih. Cuma aku sekadar nak kepastian tujuan Cinta Syyhh didedahkan. Dan nak tau gak kenapa puak nasionalis PERKASA diam macam orang bisu.

Thursday, November 18, 2010
Aildiladha 1431: Korban Dan Berkorban
Buat julung kali, aku sambut hari raya jauh dari keluarga. Walaupun hanya raya Aidiladha tapi hati tetap rasa macam raya gak. Bagi aku, raya Aidiladha 1431 Hijrah ni cukup bermakna.
Menjelang malam raya, kawan-kawan aku & aku berpakat nak rai Ustaz Nazmi, naqib usrah kami. Kami dah kenal hampir 3 tahun di bumi Sarawak ni. Suka duka memang tak terkira untuk dihitung.
Jamuan kami malam tu cuma ala kadar saja. Bagi aku pula, nilai belanja tak sama dengan nilai persahabatan yang wujud. Jasa beliau memang tak dapat nafikan terutama pada awal kami datang ke bumi Kenyalang, pada awal kami menjejakkan kaki ke bumi Borneo yang sebelum ini tak terlintas akan dipijak. Allah sudah tentukan segalanya.
Jamuan kami berbekalkan ayam panggang dan kek saja. Tapi perasaan malam tu cukup meriah. Seolah baru pertama kali kami berjumpa. Walaupun tak semua antara kami sama pemikiran tapi hormat antara kami memang kukuh.
Menjelang pagi raya Aidiladha, sebak tak terasa sangat. Mungkin sebab ramai kawan kot. Tapi bila takbir mula bergema di Pusat Islam, terasa la gak. Anak jantan kena tabah! Pada hari raya, jadual memang dah terisi. Pusat Islam dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Kota Samarahan berganding bahu untuk anjurkan majlis ni. Aku walaupun sekadar orang tempelan tapi rasanya tak adil kalau aku tak turun walaupun tenaga yang aku sumbangkan memang sedikit. (^_^).
Jamuan raya pun dibuat pada hari raya Aidiladha. Sedap, terasa nikmat raya memang ada. Walaupun hati teringat masakan mak, teringat anak-anak buah dekat rumah, tapi apa salahnya aku korbankan sikit perasaan tu. Dah nama pun raya korban.
Baki hari-hari terakhir untuk tahun 2010 di kampus, aku ikut Abang Nazmi ziarah pensyarah terhebat bagi aku, Encik Darahani. Memang akal beliau aku sanjung tinggi. Boleh dikatakan beliau salah seorang pensyarah pembela pelajar!
Tapi Aidiladha ni rasanya pengorbanan paling hebat dihadapi senior-senior semester akhir. Dari laman Facebook, aku dapat baca berat untuk berpisah. Aku sendiri macam tak percaya semua ni berlaku dengan cepat. Aku masih ingat saat awal aku datang sini, orang pertama aku kenal ialah Abang Nazmi dan senior perempuan pertama aku kenal ialah Kak Aimi.
Memang ikutkan hati, nak terangkan pun susah. Tapi aku yakin kita semua takkan berpisah. Kita akan bertemu gak nanti. Kalau tak di dunia, mungkin di 'sana'. Dua insan ni aku amat hargai jasa-jasa mereka. Walaupun kadang kala ada pandangan tak sama, tapi nilai ukhwah lebih aku utamakan. Berbeza pandangan bukan bermakna tak sayang sesama insan.
Aku cuma boleh katakan, perjuangan itu adalah pengorbanan. Kita dah pilih jalan untuk jadi seorang pendidik, Itu amanah untuk kita. Berpisah bukan bermakna perjuangan terhenti. Kalau kita saling sayang antara satu sama lain, doa itu senjata kita.
Aku pun kadang-kadang rasa macam tak nak masa berjalan macam tu ja. Cuma aku harap insan-insan yang akan tamat pengajian ni kuat untuk berjuang di luar sana. La Tahzan!
Aidiladha 1431 memang cukup bermakna bagi aku. Tak ada istilah menyesal raya di sini sebab disekililing aku masih ramai yang saling sayang.I luv this moment. Lastly, jom layan lagu Doa Perpisahan.

| saat indah bersama |

Friday, October 29, 2010
Ulama Memo & Ikhlas
Rasanya dah lama aku nak tulis tentang isu ni. Mungkin skop isu ni sekadar dalam kampus aku saja,tapi cara terbaik meluahkan perasaan bagi aku, cara menggunakan blog.
Kalau ada tuduhan yang kata aku cuba malukan sesetengah pihak, terpulang. Aku sedia didakwa kalau benar-benar apa yang aku katakan ni,salah.
Penggunaan memo oleh mana-mana organisasi dilihat sebagai sesuatu yang kebal. Memo akan dijadikan bukti kerana ada nombor rujukan serta tarikh dikeluarkan. Memo memang cara terbaik untuk sampaikan sesuatu perkara termasuk mengadakan program.
Dan bila sesebuah organisasi diberi peluang menggunakan memo untuk perkara yang baik, maka aku lihat perlu disokong. Mungkin dilihat sebagai paksaan. Contoh, memo pergi ke masjid,surau,pusat Islam, majlis atau apa saja nama programla. Mungkin cara paksaan sedikit sebanyak akan buka hati kita untuk perkara yang baik.
Aku secara jujur sokong kalau arahan dikeluarkan untuk benda baik.Contoh, pergi ke masjid. Secara peribadi, aku memang mula jauh dari masjid. Semuanya aku salahkan diri aku serta pihak-pihak yang sudah tunjuk belangnya. Aku kurang hadirkan ke masjid kerana wujud pihak yang cuba cakap tapi tak serupa bikin. Itu hakikat yang terpaksa kita terima.
Tapi bila pihak atasan keluarkan memo, aku akur dan aku sokong. Aku ketepikan soal aku dipaksa kerana dengan cara ni, aku akan ada masa untuk duduk di rumah Allah.Tapi dalam soal wanita haid dipaksa, aku lawan sebab tu bukan cara terbaik untuk dakwah.
Isu ikhlas timbul bila ada pihak memberi alasan, kami pergi ke masjid bukan kerana memo atau 'ulama memo' tetapi kerana Allah. Aku sokong kenyataan ni. Aku rasa aku paksakan diri kerana DIA, bukan kerana manusia.
Tapi bila wujud pihak cakap tak serupa bikin mula bersuara, aku tekadkan diri ingkar arahan untuk satu hari.Nyata,dengan sehari aku tak pergi, ada yang perli, kau tak cintakan ilmu, kemudian buat muka masa. Mana pergi nilai sahabat kita?
Adakah pergi kerana ikhlas atau kerana takut dengan tindakan? Atau untuk menunjukkan hipokrasi kalian? Depan tunjuk sejuta kebaikan, belakang tunjuk sejuta kejahilan.
Aku pertahankan tindakan aku,aku boikot sehari untuk lihat reaksi manusia-manusia. Pergi kalau buat bising, sembang sana sini apa faedahnya? Kalau setakat bising sekejap-sekejap, aku sendiri lakukan tapi kalau bising sepanjang program, baik tak payah pergi.
Aku tak salahkan pihak atasan anjurkan program kerohanian. Mungkin pendekatan perlu diubah. Aku bukanlah manusia alim mana pun. Tapi aku anti dengan sifat hipokrit atau munafik. Kalau kita banyak ilmu, sampaikan dengan hikmah, bukan perli.
Ya, aku rasa rugi bila tak pergi sehari namun aku terpaksa buat untuk lihat siapa yang benar-benar betul dalam soal ikhlas.

KATAKAN TIDAK KEPADA HIPOKRIT
Thursday, October 14, 2010
Fanatik
Dunia yang penuh fanatik,itulah dunia yang kita diami sebenarnya. Siapa dalam dunia tak fanatik? Kalau ada, sila nyatakan kenapa anda tak pegang fahaman fanatik. Fanatik menurut Kamus Dewan ialah orang yang keterlaluan pada satu pegangan atau pendirian.
Kalau ditanya aku pula, fanatik ni ialah sesuatu pegangan yang wujud dalam semua diri manusia. Kenapa aku katakan macam tu?
Dalam dunia, kalau ada yang tak fanatik pada siasah (politik), akan ada yang fanatik pada hiburan. Ada yang fanatik makanan, ada yang fanatik sukan, ada yang fanatik filem Melayu, ada yang fanatik filem Jepun/Korea, ada yang fanatik agama dan macam-macam lagilah. Semuanya fanatikkan?
Pelik bila ada yang pertikaikan kenapa ada segelintir manusia fanatikkan politik,berblog atau terkini fanatik Facebook. Bagi aku, apa salahnya kalau nak fanatik apapun selagi mana kita tak lupa agama, tak cetuskan isu perkauman, tak lepasi batas-batas sebagai manusia dalam bermasyarakat. Jangan pertikaikan hobi orang lain.
Aku teringat lagu Fanatik yang dinyanyikan kumpulan KRU suatu ketika dulu. Antara petikan lagu yang tu:

| kumpulan KRU |
Aku teringat lagu Fanatik yang dinyanyikan kumpulan KRU suatu ketika dulu. Antara petikan lagu yang tu:
Kadangkala gersang di jiwa
Tertekan dengan isu propaganda
Ada yang mengaku wira
Tapi sebenarnya gila
Tertekan dengan isu propaganda
Ada yang mengaku wira
Tapi sebenarnya gila
Semuanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Segalanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Segalanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
KRU dah lama cuba bagitau kita yang dunia ni penuh dengan fanatik. Cuma dalam fanatik, aku cuba tak fanatik membabi buta. Biarkan fanatik tu berfakta, dalil, dan cuba masukkan fahaman diri masing-masing dalam suasana masyarakat pelbagai kaum (ayat poyo). (^_^).
Aku dah cuba relatekan diri aku dengan semua keadaan. Kalau ada yang kekurangan, tegurlah. Apapun, all da best for our life. Cintai Tuhan Sayangi Manusia. Hormati hobi orang lain selagi hobi tu tak jejaskan masyarakat dan agama.
Subscribe to:
Posts (Atom)