Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, September 5, 2011

Syawal 1432H: Harap Kekal Islah Diri

Ramadhan 1432H bagi aku satu Ramadhan paling jahil pernah aku sambut. Aku seolah tak hargai kedatangan Ramadhan sampaikan aku lupa pada Sang Pencipta aku.

Aku leka dengan kesibukan dunia. Assignment sana-sini (kononnya), komen sana-sini tentang banyak benda. Sampaikan sedar atau tak,DIA dah tarik nikmat Ramadhan yang pernah aku dapat dulu. Hijrah aku dulu seolah hilang nilainya sekarang.

Aku selalu menyalahkan suasana tempat aku belajar. Tapi aku lupa,zaman Rasulullah dulu,Islam lagi dahsyat untuk survive. Jahilnya aku Tuhan.

Kemuncak kejahilan aku, satu benda yang belum pernah aku buat dengan sengaja berlaku. Hanya Tuhan yang tahu. Bodohnya aku sedangkan ilmu telah DIA kurniakan kepada aku serba sedikit tentang hukum-hakam Islam.

Ya Allah, aku akui aku cukup berdosa Ramadhan tahun ini. Aku mengharapkan satu proses Islah yang baru untuk aku hijrah kepada fitrah aku sebenar. Aku terima hukumanMu sekarang. KAU Maha Tahu hati aku. Sukar aku ikhlaskan diri untukMu.

Manusia nak memanusiakan diri cukup susah.Nafsu memang kuat dalam diri. Kerana nafsu,aku tewas. Aku tak mahu jatuh lembah hina. Aku harapkan Syawal 1432Hijrah ini jadi satu permulaan untuk aku berubah balik. Biarlah Muharram 1433Hijrah nanti aku sambut sebagai seorang Muslim yang Mukmin dan tak hipokrit.

Kepada insan-insan yang terleibat, sejuta kemaafan aku mohon. Aku terima hukuman kalian. Biarlah hilang seorang sahabat seperti aku yang teruk ni,dari hilang sejuta sahabat yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...