Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, September 5, 2011

Keliru Bendera Malaysia & USA Punca Kematian?

Terlebih dahulu takziah buat keluarga jurukamera Bernama Tv,Noramfaizul Mohd Noor atas pemergian Allahyarham semasa bertugas di Somalia. Pemergian Allahyarham sememangnya mengejutkan rakyat Malaysia kerana beliau pergi ketika menjalankan tugas kemanusiaan di Somalia.

Kalau didebatkan tentang siapa yang bertanggungjawab atas kematian Allahyarham yang terkena tembakan ketika diserang hendap, rasanya semua pihak akan saling tuduh-menuduh. Ya,keluarga mangsa sudah pasti memohon pihak penganjur misi,Kelab Putera 1Malaysia bertanggungjawab atas insiden ini.

Kalau diikutkan logik,banyak perkara boleh kita persoalkan kepada Kelab Putera 1Malaysia. Pertama, misi ini seolah terlalu tergesa-gesa.Apakah tujuannya? Untuk survival politik pihak pemerintah kah atau memang untuk kemanusiaan?

Ya,soal kemanusiaan boleh dijadikan alasan namun tatkala krisis berlaku di negara-negara lain sebelum ini misalnya di Gaza, bantuan segera seolah dilambatkan tapi bila desas-desus pilihanraya umum ke-13 mula muncul,pelbagai misi dilancarkan.Andai benar atas faktor kemanusiaan, penganjur perlu muhasabah diri balik terutama soal keselamatan.

Kedua, aspek keselamatan seolah diabaikan sedangkan semua pihak tahu Somalia ialah sebuah negara paling tidak stabil.Kejadian lanun tertinggi di dunia berlaku di Teluk Aden, sempadan perairan Somalia dan majoriti lanunnya ialah lanun Somalia. Tiadanya jaket kalis peluru,latihan kecemasan untuk keselamatan, tiadanya pasukan keselamatan dari Malaysia malah tiadanya kesatuan bersama badan NGO peringkat antarabangsa lain menunjukkan misi ini terlalu mengambil mudah soal keselamatan.

peta Somalia selepas perang pemisahan
Somalia merupakan negara paling tidak stabil malah kerajaan peralihan Somalia sendiri TIADA FUNGSI penuh ke atas republik itu. Puntland ada entiti kerajaan pemisahnya sendiri,Somaliland juga begitu. Yang tinggal,wilayah selatan yang dikatakan the real Somalia. Tetapi pejuang-pejuang Islam terutama al-Shahab menguasai majoriti wilayah itu.

Jadi dimana kawalan tentera Somalia? Sedangkan pejuang al-Shahab itu lebih hebat kelengkapan tenteranya berbanding 'tentera' Somalia yang banyak bergantung dengan bantuan tentera Kesatuan Afrika (AU).


Dan sekarang timbul isu kononnya rakyat Malaysia diserang dek kerana salah faham pejuang-pejuang tentang perbezaan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat (USA).Menurut beberapa laporan:

Kerajaan Somalia mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat
Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. - UmmiAnni.
Apapun alasannya, kematian Allahyarham mungkin menyedarkan kita tentang pentingnya perancangan teliti untuk setiap sukarelawan. Jangan biarkan isu insurans,jaket kalis peluru,latihan kecemasan sukarelawan yang pergi ke mana-mana misi di kawasan konflik terus berlaku. Mungkin hari ini misi di Somalia,esok lusa belum tentu lagi.

Tentang bendera Malaysia sama seperti bendera Amerika Syarikat, pelbagai alternatif lain boleh dibuat untuk atasi masalah ini. Tukar bendera ke,atau pakai logo khas dalam mana-mana misi kemanusiaan,semuanya boleh dilakukan. Tapi untuk tukar bendera negara,tidak logik sebab banyak lagi bendera hampir sama antara negara-negara di dunia.

Takziah buat keluarga Allahyarham.Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...