Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, November 27, 2011

Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah 1433H Selangor


Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Datuk Ismail Kamus menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...