Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, October 29, 2010

Ulama Memo & Ikhlas

Rasanya dah lama aku nak tulis tentang isu ni. Mungkin skop isu ni sekadar dalam kampus aku saja,tapi cara terbaik meluahkan perasaan bagi aku, cara menggunakan blog.

Kalau ada tuduhan yang kata aku cuba malukan sesetengah pihak, terpulang. Aku sedia didakwa kalau benar-benar apa yang aku katakan ni,salah.

Penggunaan memo oleh mana-mana organisasi dilihat sebagai sesuatu yang kebal. Memo akan dijadikan bukti kerana ada nombor rujukan serta tarikh dikeluarkan. Memo memang cara terbaik untuk sampaikan sesuatu perkara termasuk mengadakan program.

Dan bila sesebuah organisasi diberi peluang menggunakan memo untuk perkara yang baik, maka aku lihat perlu disokong. Mungkin dilihat sebagai paksaan. Contoh, memo pergi ke masjid,surau,pusat Islam, majlis atau apa saja nama programla. Mungkin cara paksaan sedikit sebanyak akan buka hati kita untuk perkara yang baik.

Aku secara jujur sokong kalau arahan dikeluarkan untuk benda baik.Contoh, pergi ke masjid. Secara peribadi, aku memang mula jauh dari masjid. Semuanya aku salahkan diri aku serta pihak-pihak yang sudah tunjuk belangnya. Aku kurang hadirkan ke masjid kerana wujud pihak yang cuba cakap tapi tak serupa bikin. Itu hakikat yang terpaksa kita terima.

Tapi bila pihak atasan keluarkan memo, aku akur dan aku sokong. Aku ketepikan soal aku dipaksa kerana dengan cara ni, aku akan ada masa untuk duduk di rumah Allah.Tapi dalam soal wanita haid dipaksa, aku lawan sebab tu bukan cara terbaik untuk dakwah.

Isu ikhlas timbul bila ada pihak memberi alasan, kami pergi ke masjid bukan kerana memo atau 'ulama memo' tetapi kerana Allah. Aku sokong kenyataan ni. Aku rasa aku paksakan diri kerana DIA, bukan kerana manusia.

Tapi bila wujud pihak cakap tak serupa bikin mula bersuara, aku tekadkan diri ingkar arahan untuk satu hari.Nyata,dengan sehari aku tak pergi, ada yang perli, kau tak cintakan ilmu, kemudian buat muka masa. Mana pergi nilai sahabat kita?

Adakah pergi kerana ikhlas atau kerana takut dengan tindakan? Atau untuk menunjukkan hipokrasi kalian? Depan tunjuk sejuta kebaikan, belakang tunjuk sejuta kejahilan.

Aku pertahankan tindakan aku,aku boikot sehari untuk lihat reaksi manusia-manusia. Pergi kalau buat bising, sembang sana sini apa faedahnya? Kalau setakat bising sekejap-sekejap, aku sendiri lakukan tapi kalau bising sepanjang program, baik tak payah pergi.

Aku tak salahkan pihak atasan anjurkan program kerohanian. Mungkin pendekatan perlu diubah. Aku bukanlah manusia alim mana pun. Tapi aku anti dengan sifat hipokrit atau munafik. Kalau kita banyak ilmu, sampaikan dengan hikmah, bukan perli.

Ya, aku rasa rugi bila tak pergi sehari namun aku terpaksa buat untuk lihat siapa yang benar-benar betul dalam soal ikhlas.

KATAKAN TIDAK KEPADA HIPOKRIT

2 comments:

  1. sokong fahmi!!!!!!!!!
    hidup fahmi!!!!
    ydp jpp baruuu!!!!

    ReplyDelete
  2. haha...
    ydp tu apa ek?
    ak xnak bersaing
    ak nk PM jeee

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...