Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, November 21, 2010

Review: Refleksi Perlu Refleksi Pendekatan

Refleksi, mungkin ramai yang belum kenal. Refleksi merupakan entiti yang diwujudkan untuk menyampaikan dakwah melalui muzik. Refleksi bukanlah album berkumpulan tetapi lebih kepada album solo menggunakan nama samaran,yakni Refleksi.

Sehingga saat ini (21 November 2010), Refleksi sudah merakamkan dua buah album iaitu Dunia dan Sirah. Alhamdulillah, CD Releksi: Sirah selamat tiba kepada Studiokini untuk direview.

REVIEW ALBUM REFLEKSI-SIRAH


Setelah mendengar keseluruhan album, secara jujur susunan muzik ini memang unik. Muzik rock memang menepati citarasa majoriti belia Malaysia. Dari aspek muzik, saya memang kagum!

Namun dari aspek vokal, Refleksi perlu refleksi sedikit sebanyak cara penyampaian dan pendekatan. Alunan vokal perlulah tidak terlalu kuat atau terlalu rendah. Biar seiring dengan alunan muzik.

Dari aspek lirik, saya review secara satu persatu mengikut susunan tracklist:

YANG DISEBUT NAMANYA: Lirik lagu ini bersandarkan kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Secara keseluruhan, lirik lagu ini amat berpuisi. Saya kagum dengan susunan liriknya.

TAHUN GAJAH: Kisah Abrahah menyerang Makkah pada tahun Gajah serta kelahiran Rasulullah diabadikan melalui lagu ini. Liriknya amat mudah difahami. Track ini dimulakan dengan dialog antara raja dan orang istana. Bagi saya, lirik ini boleh memberi didikan awal untuk kita faham sedikit sebanyak kisah Rasulullah.

JAHILIAH: Lagu ini mengisahkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam. Amat mudah difahami melalui lagu ini. Dari aspek lirik, saya rasakan lagu ini mantap.Tapi cara penyampaian, jangan terlalu menjerit ketika menyanyi.

Al-AMIN: Al-Amin adalah gelaran untuk Rasulullah SAW. Lirik lagu ini mengisahkan kehidupan Rasulullah yang dipelihara oleh ibu susuan Baginda, Halimatul Saadiah. Sifat keperibadian Baginda diceritakan melalui lagu ini seperti mengapa Khadijah terpikat dengan Rasulullah, kebijaksanaan Baginda selesaikan masalah dan sebagainya. Lirik yang mendidik sambil berhibur.

RISALAH I: Turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah diceritakan dalam lirik lagu ini. Kisah bagaimana Rasulullah bersendirian di Gua Hira, bagaimana Malaikat datang mengajar Nabi membaca dan akhir sekali turunnya Wahyu Pertama diceritakan secara ringkas dan mudah difahami melalui lagu ini. Secara jujur, saya suka lagu ni.

RISALAH II:Kisah Dakwah secara terbuka diceritakan dalam lagu ini. Dialog antara Rasulullah dengan umat manusia untuk permulaan dakwah secara terbuka diceritakan dalam lirik lagu ni. Memang mendidik kita sambil berhibur.

AQABAH DAM HIJRAH: Semua sedia maklum mengenai perjanjian Aqabah dan hijrah umat Islam. Dua aspek ini telah membuka lembaran baru kepada dunia Islam.Segalanya diceritakan dalam lagu ini.

Semua lirik lagu memang mengisahkan tentang sirah Rasulullah. Namun apa yang perlu diperhatian ialah pendekatan penyampaian perlulah lebih tersusun. Maksud saya, aspek nyanyian usah terlalu rock walaupun muziknya rock. Jika dibuat secara tersusun, mesej akan mudah disampaikan. Sekadar review biasa sahaja.

Kesimpulan, album-album Refleksi banyak mendidik jika dihayati secara mendalam. Saya sendiri akan terus mengikuti Refleksi kerana lirik-liriknya cukup berpuisi. Layari blog Refleksi untuk mendengar album-album Refleksi secara percuma.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...