Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, November 18, 2010

Aildiladha 1431: Korban Dan Berkorban

Buat julung kali, aku sambut hari raya jauh dari keluarga. Walaupun hanya raya Aidiladha tapi hati tetap rasa macam raya gak. Bagi aku, raya Aidiladha 1431 Hijrah ni cukup bermakna.

Menjelang malam raya, kawan-kawan aku & aku berpakat nak rai Ustaz Nazmi, naqib usrah kami. Kami dah kenal hampir 3 tahun di bumi Sarawak ni. Suka duka memang tak terkira untuk dihitung.

saat indah bersama

Jamuan kami malam tu cuma ala kadar saja. Bagi aku pula, nilai belanja tak sama dengan nilai persahabatan yang wujud. Jasa beliau memang tak dapat nafikan terutama pada awal kami datang ke bumi Kenyalang, pada awal kami menjejakkan kaki ke bumi Borneo yang sebelum ini tak terlintas akan dipijak. Allah sudah tentukan segalanya.

Jamuan kami berbekalkan ayam panggang dan kek saja. Tapi perasaan malam tu cukup meriah. Seolah baru pertama kali kami berjumpa. Walaupun tak semua antara kami sama pemikiran tapi hormat antara kami memang kukuh.



Menjelang pagi raya Aidiladha, sebak tak terasa sangat. Mungkin sebab ramai kawan kot. Tapi bila takbir mula bergema di Pusat Islam, terasa la gak. Anak jantan kena tabah! Pada hari raya, jadual memang dah terisi. Pusat Islam dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Kota Samarahan berganding bahu untuk anjurkan majlis ni. Aku walaupun sekadar orang tempelan tapi rasanya tak adil kalau aku tak turun walaupun tenaga yang aku sumbangkan memang sedikit. (^_^).

Jamuan raya pun dibuat pada hari raya Aidiladha. Sedap, terasa nikmat raya memang ada. Walaupun hati teringat masakan mak, teringat anak-anak buah dekat rumah, tapi apa salahnya aku korbankan sikit perasaan tu. Dah nama pun raya korban.

Baki hari-hari terakhir untuk tahun 2010 di kampus, aku ikut Abang Nazmi ziarah pensyarah terhebat bagi aku, Encik Darahani. Memang akal beliau aku sanjung tinggi. Boleh dikatakan beliau salah seorang pensyarah pembela pelajar!

Tapi Aidiladha ni rasanya pengorbanan paling hebat dihadapi senior-senior semester akhir. Dari laman Facebook, aku dapat baca berat untuk berpisah. Aku sendiri macam tak percaya semua ni berlaku dengan cepat. Aku masih ingat saat awal aku datang sini, orang pertama aku kenal ialah Abang Nazmi dan senior perempuan pertama aku kenal ialah Kak Aimi.

Memang ikutkan hati, nak terangkan pun susah. Tapi aku yakin kita semua takkan berpisah. Kita akan bertemu gak nanti. Kalau tak di dunia, mungkin di 'sana'. Dua insan ni aku amat hargai jasa-jasa mereka. Walaupun kadang kala ada pandangan tak sama, tapi nilai ukhwah lebih aku utamakan. Berbeza pandangan bukan bermakna tak sayang sesama insan.

Aku cuma boleh katakan, perjuangan itu adalah pengorbanan. Kita dah pilih jalan untuk jadi seorang pendidik, Itu amanah untuk kita. Berpisah bukan bermakna perjuangan terhenti. Kalau kita saling sayang antara satu sama lain, doa itu senjata kita.

Aku pun kadang-kadang rasa macam tak nak masa berjalan macam tu ja. Cuma aku harap insan-insan yang akan tamat pengajian ni kuat untuk berjuang di luar sana. La Tahzan!

Aidiladha 1431 memang cukup bermakna bagi aku. Tak ada istilah menyesal raya di sini sebab disekililing aku masih ramai yang saling sayang.I luv this moment. Lastly, jom layan lagu Doa Perpisahan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...