Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, October 30, 2010

(Siasah) PSM Lebih Anak Jantan

Terlebih dahulu syabas diucapkan buat Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D.Jeyakumar kerana berani membawa isu peruntukan kepada ahli parlimen yang tak sebulu dengan kerajaan,ke mahkamah. Tindakan ini adalah satu tindakan yang jantan jika dibandingkan dengan puak oposisi lain yang hanya bising di pentas ceramah tetapi habuk pun tarak.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."

"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar.

Langkah PSM ini dilihat satu keberanian dalam menuntut keadilan demi kepentingan rakyat Malaysia. PSM juga telah membuka mata puak-puak Pakatan Rakyat agar berani ke depan, bukan hanya bising membabi buta di atas pentas ceramah sahaja.

Jika langkah undang-undang tak diambil, sampai ke kiamat oposisi Malaysia akan ditindas. Langkah PSM ini dilihat turut menjadi pengajaran buat pimpinan PR agar tidak menyekat peruntukan kawasan yang dimenangi puak lawan di negeri-negeri pemerintahan PR.

Syabas sekali lagi PSM!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...