Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )
Showing posts with label siasah. Show all posts
Showing posts with label siasah. Show all posts

Monday, June 13, 2011

PAS Bentuk Kabinet Penuh 2011-2013


Parti Islam SeMalaysia (PAS) akhirnya membentuk kabinet penuh parti itu selepas pemilihan muktamar PAS 2011 berakhir pada awal Jun 2011 yang lalu.

Mesyuarat PAS Pusat yang berlaku pada 12 Jun 2011 telah melengkapkan lagi kabinet PAS dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13 kelak.

Jawatan Setiausaha Agung kekal milik Mustafa Ali manakala Ketua Penerangan disandang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bendahari parti dipegang oleh Abdul Halim Abdul Rahman manakala jawatan Ketua Pengarah Jentera Pilihanraya yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Halim,kini disandang oleh Dr. Hatta Ramli.


Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula tempatnya diisi oleh bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus

"Kita telah membuat pelantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," kata Presiden parti, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

Bagi jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri, beberapa perubahan berlaku bagi negeri Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

Senarai penuh Pesuruhjaya PAS Negeri 2011-2013 seperti berikut:

Selangor - Dr. Abdul Rani Osman
Terengganu - Abdul Wahid Endut
Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
Melaka - Adly Zahari
Sabah - Aminuddin Halim
Kelantan - Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak - Abu Bakar Husin
Kedah - Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang - Salleh Man
Perlis - Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan - Mohd Noor Mohamad
Sarawak - Adam Ahid

Monday, April 25, 2011

AC Masuk UMNO..TERBAIKLAH!!!!

Terlebih dahulu tahniahlah buat AC Mizal dan isteri, Emylia Rosnaida sebab dah sertai parti tulen meLAYU, UMNO. Tahniah sangat sebab masuk bersama 500 ahli baru yang lain.

Siapa tak kenal dengan AC Mizal? Malas nak cerita sangat. Kalau kes mahkamah dek tak bagi nafkah dekat anak-anak, kes gelang ajaib (ajaib sangatlah tu) dan kes penipuan 'Dato', sudah pasti nama AC Mizal pun tak hebat.

Penyertaan AC Mizal ke dalam UMNO sangat dihormati atas prinsip demokrasi di negara yang democrazynya cukup hebat.

AC Mizal telah menyertai UMNO secara rasmi pada 24 April 2011 di Ipoh Barat. Beliau mendakwa UMNO menjadi pilihan kerana selari dengan perjuangannya. Perjuangan UMNO ialah perjuangan Melayu.

Kepada semua pihak hormatilah keputusan beliau.

Monday, February 21, 2011

Apabila pilihanraya kampus mula kotor

TERKEJUT! Itu saja respon yang mampu aku katakan apabila berita penculikan calon Pro-Mahasiswa, Masturah Abu Bakar, aku baca. Aku hanya mampu katakan politik kampus mula dikotorkan oleh puak-puak tertentu.

Penculikan selama 24 jam itu nyata satu taktik untuk menghalang Pro-Mahasiswa untuk mara. Aku pelik, kenapa politik kampus pun nak dicemarkan? Mana martabat politik kampus?

Aku tak tuduh sapa-sapa tapi cuma pelik kenapa kuasa mahasiswa nak disekat? Adakah kita mahu semangat Baling,Kedah berulang?

Mungkin ada hikmah disebalik ujian. Kita nantikan keputusan rasmi pilihanraya kampus IPTA ini. Bangkit tetap bangkit walau dengan cara tersendiri!!!!!!

Saturday, February 19, 2011

Bob Lokman Memang Bersama PAS


Bob Lokman serah borang ahli PAS
Kalau dulu beliau hanya hadir ke majlis solat hajat anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) Selangor namun kini secara rasmi beliau sudah sertai parti itu.

Bob Lokman,seorang penulis lirik dan pelakon, secara rasmi memohon menyertai parti PAS dalam majlis himpunan pemuda PAS di Kedah. Borang permohonan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Penyertaan ini dilihat satu usaha untuk menarik golongan muda mendekati PAS dan menghilangkan label bahawa PAS anti-hiburan.

Sebelum ini, terdapat juga artis bergiat bersama PAS seperti Renggo, Akhil Hayy, Ito (Blues Gang), Radzi (Melissa) dan ramai lagi.

Sunday, January 23, 2011

Isu Bersalam: Fahami Hukum Sebelum Berkata

Dalam kehangatan berpolitik, terdapat juga politikus yang cuba mainkan isu hukum-hakam Islam walaupun ianya perkara asas. Yang menghairankan, ada pula yang diam sejuta bahasa terutama sebuah pertubuhan siasah Islam yang mendapat pengiktirafan Amerika Syarikat ( pertubuhan Islam atau nasionalis?).

Bukan sahaja budaya fitnah acapkali dimainkan, malah budaya menghina hukum Islam turut diamalkan.

Isu bersalam antara muhrim dan bukan muhrim mula didebatkan oleh politikus yang tiada tamadun!

Dan rakan-rakan politikus terbabit yang beragama Islam terus membisu. Perkasa sudah jadi perkosa, tentera jihad sudah bacul dan lari dari medan perang, dan pasukan nasionalis terus berselindung disebalik angka 1.

Kepada yang ingin tahu hukum bersalaman, bacalah artikel berikut:

HUKUM BERSALAMAN DALAM ISLAM

Pembahasan hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram memerlukan kajian yang kritis dan mendalam sebelum menyimpulkan, kerana terdapat cukup banyak dalil-dalil syara' yang digunakan untuk membahas permasalahan ini. Akibatnya para ulama yang membahas masalah ini berbeza pendapat tentang hukumnya. Ada yang mengharamkannya dan ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya mubah (boleh).


Dalil-dalil yang dikemukakan oleh pendapat yang mengharamkannya adalah sebagai berikut:

Pertama, beberapa riwayat dari ‘Aisyah r.a. yaitu:

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Bukhari Muslim].

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai’at mereka dengan perkataan.” [HR. Bukhari Muslim].

Menurut mereka Hadis-hadis di atas dan serupa dengannya merupakan dalil yang nyata bahwa Rasulullah Saw tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (asing). Kerana itu maka hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram adalah haram.

Kedua, hadis-hadis yang menunjukkan larangan ‘menyentuh wanita’ serta hadis-hadis lain yang maknanya serupa. Misalnya hadits shahih yang berbunyi:

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

Atau hadis yang berbunyi:

“Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.”

Ketiga, juga di dasarkan pada sabda Rasulullah Saw yakni:

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” [HR. Malik, Tirmidzi dan Nasa’i].

Sedangkan pendapat yang membolehkan dasarnya adalah riwayat yang menunjukkan bahwa tangan Rasulullah Saw bersentuhan (memegang) tangan wanita.

Pertama, diriwayatkan dari Ummu ‘Athiyah r.a. yang berkata:

“Kami membai’at Rasulullah Saw, lalu Beliau membacakan kepadaku ‘Janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu’, dan melarang kami melakukan ‘nihayah’ (histeris menangis mayat), kerana itulah seorang wanita dari kami menggenggam (melepaskan) tangannya (dari berjabat tangan) lalu wanita itu berkata: ‘Seseorang (perempuan) telah membuatku bahagia dan aku ingin (terlebih dahulu) membalas jasanya’ dan ternyata Rasulullah Saw tidak berkata apa-apa. Lalu wanita itu pergi kemudian kembali lagi.” [HR. Bukhari].

Hadis ini menunjukkan bahwasanya kaum wanita telah berbai’at dengan berjabat tangan. Kata ‘qa ba dha’ dalam hadits ini memiliki erti menggenggam/melepaskan tangan. Seperti disebutkan di dalam kamus yang berarti menggenggam sesuatu, atau melepaskan (tanganya dari memegang sesuatu). (Lihat A.W. Munawwir, Kamus Al-Munawwir, hal. 1167).

Hadis ini jelas-jelas secara manthuq (tersurat) artinya ‘menarik kembali tangannya’ menunjukkan bahwa para wanita telah berbai’at dengan berjabat tangan, sebab tangan salah seorang wanita itu digenggamnya/dilepaskannya setelah ia mengulurkannya hendak berbai’at. Selain itu dari segi mafhum (tersirat) juga dipahami bahwa para wanita yang lain pada saat itu tidak menarik (menggenggam) tangannya, artinya tetap melakukan bai’at dengan tangan terhadap Rasulullah Saw. Jadi hadits ini menunjukkan secara jelas –baik dari segi manthuq (tersurat) maupun mafhum (tersirat)– bahwa Rasulullah Saw telah berjabat tangan dengan wanita pada saat bai’at (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Nidzham Ijtima’i Fil Islam, hal. 57 – 58, 71 – 72).

Penjelasan ini juga sekaligus membantah yang mengatakan: “Yang dimaksud dengan genggaman tangan dalam hadits tersebut adalah ‘penerimaan yang terlambat’.” Seperti yang dikemukakan golongan yang mengharamkan jabat tangan. (Lihat Muhammad Ismail, Berjabat Tangan Dengan Perempuan, hal. 34). Sebab kata ‘genggam tangan’ dalam hadits tersebut tidak memiliki erti selain ‘berjabat tangan’. Dan tidak bisa difahami/diterima dari segi bahasa kalau diartikan ‘penerimaan yang terlambat’. Kata ‘qa ba dha’ juga sering ditemukan dalam hadits-hadits lain yang artinya menggenggam dengan tangan, misalnya, diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a. dari Ibnu Juraij yang menceritakan, Bahwa ‘Aisyah r.a. berkata: “Suatu ketika datanglah anak perempuan saudaraku seibu dari Ayah Abdullah bin Thufail dengan berhias. Ia mengunjungiku, tapi tiba-tiba Rasulullah Saw masuk seraya membuang mukanya. Maka aku katakan kepada beliau ‘Wahai Rasul, ia adalah anak perempuan saudaraku dan masih perawan(anak dara)’.” Beliau kemudian bersabda:

“Apabila seorang wanita telah sampai usia baligh maka tidak boleh ia menampakkan anggota badanya kecuali wajahnya dan selain ini –digenggamnya pergelangan tangannya sendiri– dan dibiarkannya genggaman antara telapak tangan yang satu dengan genggaman terhadap telapak tangan yang lainnya.” [HR. Ath-Thabari dari ‘Aisyah r.a.].

Hadits yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyah r.a. ini yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram. Namun demikian kebolehan tersebut dengan syarat tidak disertai syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram.

Kedua, diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. yang berkata:

“Seorang wanita mengisyaratkan sebuah buku dari belakang tabir dengan tangannya kepada Nabi Saw. Beliau lalu memegang tangan itu seraya berkata, ‘Aku tidak tahu ini tangan seorang laki-laki atau tangan seorang wanita.’ Dari belakang tabir wanita itu menjawab. ‘Ini tangan seorang wanita’. Nabi bersabda, ‘Kalau engkau seorang wanita, mestinya kau robah warna kukumu (dengan inai).” [HR. Abu Daud].
Sikap Kita Dalam Menghadapi Perbezaan Tersebut

Dalam menghadpi perbezaan tersebut dan pendapat mana yang harus kita ikuti untuk kita amalkan, maka kita harus mengkaji terlebih dahulu pendapat manakah yang lebih kuat dalam hal ini. Untuk itu kita perlu mengkaji manakah dalil yang lebih kuat dari nash-nash yang seolah-olah bertentangan yang digunakan oleh kedua pendapat di atas. Kalau kita perhatikan hadit-hadits yang digunakan oleh kedua pendapat adalah hadits-hadits shahih yang harus diterima kebenarannya. Dalam mensikapi hadits-hadits yang dzahirnya seolah-olah bertentangan, menurut ilmu hadits dan ushul fiqh harus ditempuh langkah-langkah sebagai berikut:

1. Thariqatul jam’i, yakni menggabungkan dan mengkompromikan dalil-dalil yang ada. Apabila langkah ini tidak bisa dilakukan baru menempuh
2. Nasikh dan Mansukh, apabila tidak bisa dilakukan, ditempuh
3. Tarjih, yakni dengan cara meneliti dan membandingkan mana dalil yang lebih kuat. Dalam hal ini harus dilakukan secara cermat dan teliti serta harus memperhatikan kaidah-kaidah tarjih yang telah digariskan oleh para ulama. Kalau langkah ini sulit dilakukan kerana sama-sama kuat atau masih kabur baru menempuh langkah terakhir
4. Tawaqquf, yaitu menghentikan kajian dalam menggali hukumnya. Namun terus berusaha sampai Allah SWT membukakan persoalan tersebut untuk diketahui. (Lihat Dr. Mahmud Thahan, Taisir Musthalah Hadits, hal. 58).

sumber:1. http://bahrulfikri.wordpress.com/2009/03/23/pembahasan-hukum-bersalaman- di-antara-lelaki-wanita-yang-bukan-mahram-part-1/
2. http://bahrulfikri.wordpress.com/2009/03/23/pembahasan-hukum-bersalaman-di-antara-lelaki-wanita-yang-bukan-mahram-part-2-final/

Monday, January 10, 2011

Bob Lokman Bersama PAS?

Mahfuz Omar bersama Bob Lokman

Solat hajat Selamatkan Selangor dan Pidato Perdana Selamatkan Malaysia bukan saja dihadiri oleh penyokong dan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) tapi turut disertai pelakon Bob Lokman.

Bob Lokman ditengah orang ramai

Program anjuran PAS tersebut diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 9 Januari 2011. Dan memang mengejutkan kerana program ini dihadiri ramai hadirin. Ada yang kata 10,000 lebih,ada yang kata 30,000. 

Dan sokongan yang ditunjukkan rakyat Selangor memang mengejutkan walaupun saban hari kerajaan negeri Selangor diserang bertubi-tubi.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.




Wednesday, December 15, 2010

AKIM Bertukar Menjadi KITA

Akhirnya, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan KL, Zaid Ibrahim menjadi Presiden juga bagi sebuah parti politik. Jika sebelum ini beliau gagal meraih sokongan UMNO dan gagal memenangi jawatan dalam PKR, namun kali ini beliau bukan saja mendapat jawatan malah terus memegang jawatan Presiden.

Dalam mesyuarat agung luar biasa parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Zaid mengambil alih jawatan Presiden AKIM daripada Zakaria Salleh. Sebelum ini, Zakaria Salleh dipilih menjadi Presiden AKIM selepas dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.

Langkah pertama yang dibuat Zaid ialah menukar nama AKIM kepada parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Menurut Malaysiakini, mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Monday, November 29, 2010

Isu Gambar Wakil Rakyat Bogel

Jelajah dan terus jelajah ke blog-blog politik baik pihak pejuang rakyat mahupun pihak pejuang bangsa. akhirnya terjumpa satu isu mengenai gambar seorang gambar wakil rakyat yang pernah tersebar gambar peribadinya. Kali ni, dikatakan gambar terbaru tentang wakil rakyat tersebut disebarkan.

Betul atau tak, pegangan politik biarlah menggunakan akal. Yang pelik, mengapa gambar yang belum tentu sah tersebut disebarkan sebaik sahaja beliau menang sebagai anggota MPP sebuah parti politik di Selangor? Adakah ini satu lagi agenda jahat nak jatuhkan kewibaan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ahli MPP partinya?

Siapa dalang?Pihak nasionalis atau partinya sendiri? Sudah-sudahlah wahai geng-geng politik Malaysia terutama puak nasionalis,gunalah cara terbaik untuk berpolitik. Kepada YB terbabit, jika anda dipihak benar, pertahan hak anda.

Budaya politik kotor bukan budaya orang Islam. Bak kata MB Kedah,Ustaz Azizan, "lain kali kalau nak buat kerja,buat kerja cara orang Islam!".

Sunday, November 28, 2010

Kabinet PKR 2010-2013


Selepas Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 berakhir 28 November 2010, akhirnya PKR mengumumkan kabinet barunya secara rasmi. Walaupun keputusan Kongres 2010 dicemari dengan serangan bertalu-talu oleh media perdana serta laporan berlakunya penyelewengan, namun diharapkan selepas kongres, saf pimpinan PKR akan membuat kerja keras bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

PKR mampu untuk menjadi parti terbaik jika sedia berubah selepas kongres. Berikut ialah keputusan rasmi Kongres PKR 2010:

Pengerusi Tetap:
Hishamuddin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap:
Abdul Aziz Jakim

Presiden :
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden:
Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden:
1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Fuziah Salleh
4. Mansor Othman

Anggota Majlis Pimpinan Pusat :
1. Elizabeth Wong
2. Dr Badrul Amin Baharon
3. Hee Loy Sian
4. Khalid Jaafar
5. Johari Abdul
6. Abdul Rahman Yusof
7. Haniza Talha
8. Fariz Musa
9. Zakaria Abdul Hamid
10. Roland Chia Ming Shen
11. Siti Aishah Shaik Ismail
12. Ismail Yusop
13. Latheefa Koya
14. S. Kesavan
15. Shuhaimi Shafiei
16. M.R. Summugam
17. Yusmadi Yusoff
18. S. Manikumar
19. Mustafa Kamal Yusoff
20. Christina Liew

Saturday, November 6, 2010

Johnical Rayong Sudah Lama Keluar SNAP

oleh:revolterAMI

Berita ADUN Engkilili, Dr. Johnical Rayong keluar dari Sarawak National Party (SNAP) disiarkan di laman web Berita Harian (6 November 2010).Petikan akhbar tersebut menyatakan:

Beliau yang menang kerusi DUN itu atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menewaskan calon BN, Jonathan Krai Pilo pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, membuat pengumuman itu ketika berucap menyokong usul Bajet 2011 pada persidangan DUN negeri ini, kelmarin.


Agak lucu apabila pengumuman ini dibuat beliau sendiri. Setahu penulis, beliau sudah lama nyatakan diri sebagai Bebas sebaik sahaja menang kerusi tersebut atas tiket SNAP. Kesnya lebih kurang macam kes Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang menyatakan diri sebagai Bebas selepas menang atas tiket PAS pada PRU-12.

Buktinya:

petikan Mstar
Maka dek kerana kenyataannya pada tahun 2006, DUN Sarawak secara rasmi menyatakan beliau bukan ADUN SNAP. Malah, dalam laman rasmi DUN Sarawak sendiri tidak menulis Rayong dari parti mana. Bukti:

Dalam mana-mana berita sebelum ini pun, label yang diguna beliau ialah wakil rakyat Bebas mesra BN namun mengapa tiba-tiba baru sekarang umum keluar SNAP? Contohnya:

petikan blog

Kesan dari tindakannya menyertai Sarawak United People's Party (SUPP), bekas ADUN Engkilili yang kalah dengan Rayong,Toh Heng San keluar dari SUPP yang dianggotainya sejak 1960 dek kerana SUPP terima bekas lawannya ini.

Penulis menulis bukan hendak menyokong mana-mana pihak namun sekadar untuk menyatakan kepada blogger terutama blogger rakyat, sebelum siarkan berita dan komen di blog anda,pastikan kesahihan info tersebut. Saya terkejut apabila membaca blog seoranga hamba Allah ni, yang seolah-olah cuba mencari point sebanyak mungkin untuk menyerang sebuah parti politik lagi satu.

Pembetulan maklumat ialah Rayong memang sudah lama bebas malah hanya bertanding di Engkilili sebagai calon pinjaman lambang SNAP sahaja. Sekadar untuk membetulkan info.

Saturday, October 30, 2010

(Siasah) PSM Lebih Anak Jantan

Terlebih dahulu syabas diucapkan buat Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D.Jeyakumar kerana berani membawa isu peruntukan kepada ahli parlimen yang tak sebulu dengan kerajaan,ke mahkamah. Tindakan ini adalah satu tindakan yang jantan jika dibandingkan dengan puak oposisi lain yang hanya bising di pentas ceramah tetapi habuk pun tarak.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."

"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar.

Langkah PSM ini dilihat satu keberanian dalam menuntut keadilan demi kepentingan rakyat Malaysia. PSM juga telah membuka mata puak-puak Pakatan Rakyat agar berani ke depan, bukan hanya bising membabi buta di atas pentas ceramah sahaja.

Jika langkah undang-undang tak diambil, sampai ke kiamat oposisi Malaysia akan ditindas. Langkah PSM ini dilihat turut menjadi pengajaran buat pimpinan PR agar tidak menyekat peruntukan kawasan yang dimenangi puak lawan di negeri-negeri pemerintahan PR.

Syabas sekali lagi PSM!

Friday, October 29, 2010

(Siasah) Autonomi Bagaimana SAPP Perjuangkan?

Perang Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi telah memasuki fasa pertengahan. PRK ini dilihat lebih meriah berbanding suasana di DUN Galas, Kelantan.

Sasaran dilihat lebih tertumpu kepada Presiden Sabah Progressive Party (SAPP), Yong Teck Lee yang menjadi calon SAPP di Batu Sapi. Beliau bukan sahaja ditembak oleh Barisan Nasional (BN) malah turut mendapat tembakan dari Pakatan Rakyat (PR) melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Cabaran berdebat yang diberikan oleh calon PKR-PR, Ansari Abdullah kepada SAPP dan PBS-BN dilihat sedikit sebanyak memeriahkan keadaan.

Dalam meramalkan siapa bakal menang dalam PRK Batu Sapi, penulis secara peribadi menyatakan SAPP mempunyai peluang lebih dari PKR. Namun dalam beberapa tuntutan SAPP, sedikit perkara turut dirisaukan. Antaranya isu autonomi bagi Sabah.

Autonomi bagaimana yang cuba diperjuangkan SAPP? Jika sebut soal autonomi, PR turut menjanjikan autonomi bagi Sarawak dan Sabah. Jika autonomi SAPP lebih ke arah menuntut kemerdekaan, penulis akan menentang SAPP.

Namun jika autonomi yang dituntut lebih kepada bidang kuasa kerajaan negeri sahaja, penulis sokong. Bukan sahaja bagi Sabah tapi bagi semua negeri di Malaysia. Namun konsep autonomi yang penulis lebih gemar ialah pemisahan kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat. Yakni keadilan yang perlu diberi perhatian.

Usah sekat dan kacau negeri-negeri yang tak sehaluan dengan pimpinan Pusat. Usah sekat dana kewangan Parlimen kawasan pembangkang.

Usaha SAPP sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat Sabah namun kita khuatir, semangat wilayah akan kembali hebat. Cukuplah Malaysia digegarkan dengan semangat perkauman yang dilaungkan sesetengah pihak.

SAPP harus memikirkan kesan jangka panjang terlebih dahulu. Jika kemerdekaan Sabah yang cuba dicapai SAPP, lupakan sahaja. Kita cuba betulkan keadaan bukan merumitkan keadaan.

Saturday, October 23, 2010

(Isu Semasa) Ulama Nasionalis Sudah Bersuara

Tahniah buat ulama muda nasionalis kerana mengambil pendekatan untuk bersuara mengenai isu Islamic Fashion Festival (IFF) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor. Namun suara yang diharapkan menegur akhirnya menjadi berlawanan apabila beliau mempertahankan tindakan IFF menganjurkan fesyen yang jahil.

Sokongan membabi buta ini nyata memalukan lagi umat Islam. Tuduhan menyatakan bahawa pihak pembangkang sengaja membesarkan isu adalah sesuatu yang dikesali. Seperti mana entry sebelum ini, penulis beranggapan kemarahan umat Islam adalah atas semangat Islam,bukan politik. Isu ini adalah isu ummah.

Adakah kerana beliau duduk di bawah payung nasionalis maka nasionalis bangsa diutamakan dahulu berbanding isu ummah?

Sebelum ini penulis mengharapkan ulama muda Fathul Bari Yahya membuat keputusan untuk meminta penaung IFF mohon maaf tapi rupanya lain yang jadi.

Ya, Islam adalah agama nasihat. Tapi mengapa puak nasionalis tidak mendapatkan nasihat ulama muda ini dahulu sebelum pergi ke sesuatu acara membabitkan nama Islam?

Memetik kata-kata Fathul,

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Bantahan kepada penganjur untuk apa? Bukankah penaung penganjur perlu tahu dulu apa yang akan dilakukan dalam sesuatu acara. Jika benar penaung tersebut ditipu, mengapa tak tinggalkan sahaja majlis tersebut? Mengapa masih mampu senyum ketawa di majlis tersebut!

Buat Fathul, usah jadi ular dalam semak. Penulis akui diri penulis sendiri adalah hina, tak tinggi ilmu agama. Malah penulis berpegang pada fahaman sosialis Islam namun soal akidah, penulis tidak berkompromi.

Walau bagaimanapun, sedikit penghormatan buat Fathul apabila beliau menyatakan dalam Malaysiakini:

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam. "Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.

[Kenyataan Media Ini Juga Merupakan Kenyataan Bagi Studiokini Media]

Thursday, October 21, 2010

Bolehkah Pakatan Rakyat Mempercayai SAPP?

Oleh Dzulkarnain Taib   
hiewSetelah Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di Parlimen semalam bahawa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil Batu Sapi, persoalan berhubung Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga mahukan kerusi tersebut sudahpun terjawab.

Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu menyifatkan pengumuman tersebut satu langkah yang tepat dan gesaan supaya SAPP memberi laluan satu lagi kekuatan Pakatan Rakyat sebagai gagasan popular yang merentasi kaum, agama dan sempadan.

Bagi Dr Hiew yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, isu yang paling penting sekiranya ada ura-ura Pakatan Rakyat mahu bekerjasama dengan parti pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee adalah samada parti itu boleh diyakini sebagai rakan kongsi politik.

Malah kata beliau adakah SAPP boleh dipercayai?

Pakatan Rakyat katanya perlu mempelajari sejarah dan mengambil iktibar daripada liku-liku perjalanan politik Sabah yang diwarnai dengan segala macam ragam termasuk pengkhianatan sesama parti komponen demi kelangsungan pengaruh dan kuasa politik peribadi.

"Sebelum Pakatan Rakyat terfikir mahu bekerjasama dengan SAPP, fikir dulu masak-masak dan selidik latar belakang SAPP.

"Semasa dalam Barisan Nasional dahulu SAPP digunakan oleh Umno untuk memecahkan undi samada pada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Parti itu mendakwa ia adalah parti tempatan walhal hakikatnya SAPP adalah parti dari Sabah yang didaftarkan di Kuala Lumpur, seperti juga parti-parti lain termasuk DAP, PAS dan KEADILAN.

"Mereka juga berdakwa parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah parti Semenanjung. Ini juga tidak benar. Kita adalah parti nasional sementara SAPP sebenarnya 'parti nyamuk'. Umpamanya DAP mempunyai 29 Ahli Parlimen dan 71 Ahli Dewan Undangan Negeri sementara SAPP hanya ada dua Ahli Parlimen dan dua Adun sahaja, itu pun semua di negeri Sabah," terang Dr Hiew.

Payah bagi mana-mana parti politik mahu mengadakan kerjasama dengan SAPP tegas tokoh veteran DAP itu.SAPP

Ini kerana sejarah mengajar bagaimana SAPP dibeli oleh Umno-BN ketika bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai rakan kongsi dalam kerajaan negeri tetapi kemudiannya parti itu mengkhianati PBS dan seterusnya menyumbang kepada kejatuhan pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada  1993.

Teck Lee juga bertindak membawa keluar partinya sebagai komponen BN pada tahun 2009 setelah menuduh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelakangkan serta menafikan hak negeri Sabah. Kalau beliau buat begitu kepada bosnya, beliau juga boleh berbuat demikian kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Sebenarnya Teck Lee marah sebab beliau tidak dapat jawatan dan permintaannya tidak dilayan oleh Perdana Menteri. Dia juga marah sebab beliau dilantik sebagai Senator tapi perlu menunggu  giliran sebab tidak ada kekosongan dalam Dewan Negara. Dulu Pairin adalah bosnya tapi dia khianat, lepas itu Pak Lah jadi bos, dia pun khianat. Saya nak tanya adalah mana-mana parti politik berani menjadi rakan kongsi SAPP?," tanya Dr Hiew.

Dr Hiew tidak menolak kemungkinan langkah SAPP bertegas mahu bertanding di Batu Sapi adalah atas arahan BN malah tidak dinafikan BN juga membiayai segala kempen dan perbelanjaan parti itu di kawasan itu.

Beliau menegaskan Pakatan Rakyat di sabah telah bekerja keras selepas PRU 2008 untuk menarik sokongan rakyat dan hasilnya amat memberangsangkan sekali.

"Kita semua berkorban dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membina kekuatan di Sabah. Jangan sia-siakan semua ini kerana mahukan sokongan SAPP. Mereka tidak boleh dipercayai.

"Kalau kita bekerjasama dengan SAPP ini bermakna kita telah menghampakan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya apabila SAPP berkata berkali-kali bahawa parti itu mahu bertanding di 40 kerusi kerana Yeck Lee mahu menjadi Ketua Menteri.

"Bayangkan kalau Pakatan Rakyat beri 20 kerusi kepada SAPP dan pada hari penamaan calon parti itu isytihar menyokong BN, hilang begitu kerusi kepada BN dan hilanglah impian kita mentadbir serta membawa perubahan di Sabah," hujah beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru pengundi Sabah supaya tidak mensia-siakan undi mereka kepada SAPP dan membuat tekad untuk menyokong calon Pakatan Keadilan sepenuhnya.

"Kalau SAPP benar-benar anti-BN, jangan pecahkan undi Pakatan Rakyat di Batu Sapi. Tarik diri dan buktikan bahawa anda betul-betul serius mahu jatuhkan BN. Kalau tidak anda sememang bersekongkol dan menjadi ejen BN," cabar Dr Hiew lagi.

Wednesday, October 20, 2010

(Siasah) PRK 2010 Batu Sapi: SAPP Lebih Layak

Belum pilihanraya umum ke-13 berlangsung,sudah berlaku pertindihan kerusi dalam kalangan pembangkang. Pertindihan atau perebutan kerusi ini nyata hanya memalukan pembangkang yang sering gembar-gembur mahu jadi kerajaan Pusat pada PRU 13 nanti.

Pilihanraya Kecil 2010 Batu Sapi menjadi bukti bahawa sudah berlaku perebutan kerusi dalam kalangan pembangkang. Perebutan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Sabah Progressive Party (SAPP) hanya memalukan.

Memang diakui bahawa SAPP bukanlah sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR), yang terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), PKR, Democratic Action Party (DAP) serta Sarawak National Party (SNAP) tapi kita harus ingat, SAPP merupakan salah sebuah parti pembangkang yang pro-PR. Taraf SAPP sama seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tidak sertai PR tapi rapat dengan PR.

Buktinya, semasa PKR melakukan kongres nasionalnya suatu ketika dahulu, pemimpin SAPP turut hadir memberi sokongan. Di Dewan Rakyat, SAPP menyatakan bahawa mereka Bebas tetapi tidak menyertai Konsensus Bebas tajaan katak-katak PKR.

Dalam soal Batu Sapi, SAPP dilihat lebih layak berbanding PKR. Mengapa? PKR sudah pasti akan lebih memfokuskan pemilihan pimpinan PKR berbanding PRK. SAPP walaupun turut akan menghadapi pemilihan parti namun dilihat lebih stabil memandangkan mereka parti tempatan di Sabah.

Benarlah kata-kata Timbalan Presiden SAPP,Eric Majimbun, jika tidak bertanding di Sabah,dimana lagi SAPP akan bertanding?

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.

Kepada PKR, silalah beri laluan kepada SAPP untuk buktikan mereka mampu bersaing. Adalah molek jika SAPP turut serta dalam PR.

Sunday, October 17, 2010

(Siasah) Batu Sapi: Berikan Saja Peluang Buat SAPP

Demam pilihanraya kecil kini semakin terasa. Yang menarik, trend PRK kali ini adalah sama dengan PRK Parlimen Sibu dan Parlimen Hulu Selangor,yang menyaksikan dua PRK diadakan serentak. Manakala dari segi penyandangnya juga, adalah hampir sama apabila DUN Galas kini disandang Parti Islam SeMalaysia (PAS) manakala Parlimen Batu Sapi disandang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).
Namun sedikit yang berbeza apabila dua buah parti politik yang tidak menyertai mana-mana ikatan politik juga berminat untuk merebut DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan Sabah Progressive Party (SAPP) dilihat berminat untuk turut bersaing di Galas dan Batu Sapi. Lupakan dahulu DUN Galas, apa yang dibicarakan dalam artikel ini ialah SAPP dan Batu Sapi.

SAPP telah menyatakan pendirian untuk bertanding. Walaupun Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding, namun itu bukan alasan buat SAPP untuk turut serta. SAPP dilihat komited untuk meneruskan agenda merampas Sabah daripada Barisan Nasional (BN) menjelang PRU ke-13 kelak.

Jika dilihat peluang, penulis melihat SAPP bukan calang-calang parti. Kebangkitan SAPP kian ketara selepas bercerai dengan BN. SAPP antara parti yang kian hebat di Sabah,diikuti DAP dan PKR. PAS, turut menjulang kebangkitan rakyat Sabah.

Namun apabila sesebuah perlawanan pilihanraya menyaksikan lebih dua penjuru, ia akan berpihak kepada BN. Jentera BN yang lengkap dari aspek kewangan adalah punca utama mengapa BN sentiasa menang. Apabila berlakunya 3 penjuru, pecahan undi akan berlaku terutamanya membabitkan pembangkang.

Rugi jika undi pembangkang pecah dua. Apatah lagi pertandingan tersebut menyaksikan pertandingan hero-hero yang hebat!

Apabila SAPP membuat pengumuman untuk bertanding, adalah molek jika PR menarik diri dari bertanding dan berganding bahu bersama SAPP untuk menang. Matlamat SAPP dan PR Sabah dilihat kian sama apabila kedua-duanya menyatakan untuk menuntut autonomi bagi kerajaan negeri Sabah jika menang dalam pilihanraya.

Justeru apa ditunggu lagi, berikan sahaja peluang buat SAPP. PKR tumpukan perhatian pada pilihanraya parti kalian. DAP pula tumpukan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan di Perak dan Pulau Pinang. Muafakat politik akan mantap jika kita bertolak ansur.

Berikan sahaja peluang buat SAPP untuk buktikan mereka setia dengan ideologi menjatuhkan BN.

Monday, September 27, 2010

Dakwah Gerakan Islam Harus Terbuka

Malaysia antara negara umat Islam (bukan negara Islam) yang paling banyak mempunyai badan-badan dakwah sama ada dari sudut badan di bawah kerajaan, parti politik mahupun badan bukan kerajaan. Boleh dikatakan untuk menghitung dengan jari, mungkin tak terkira.

Parti Islam SeMalaysia (PAS), antara gerakan Islam yang boleh dikatakan antara yang berjaya mengharungi cabaran terutama apabila PAS menyertai medan politik. Keterbukaan PAS dewasa ini tak dapat dinafikan. Ye, memang ada yang membantah baik dari dalam mahupun luar PAS itu sendiri. Namun, hakikat sebenar yang harus kita kena terima, dakwah mesti terbuka.

Jika dahulu PAS dilihat sebagai parti ekstrim,pengganas dan jumud. Penulis sendiri akui penulis pernah anggap PAS sebagai parti kampung, tak bertamadun dan pengganas. Apatah lagi apabila media memainkan peranan bias mereka terutama semasa berlakunya Reformasi 1999. PAS dianggap segalanya teruk!

Atas kajian, kertas kerja serta pandangan umum, akhirnya gerakan Islam ini telah menunjukkan keterbukaannya namun masih terbatas mengikut nas-nas syarak. Tak dinafikan ada juga kalangan pimpinan gerakan Islam ini sendiri berpelakuan seperti tak Islamik malah ada juga penyokongnya yang masih keterbelakang mindanya tapi PAS hari ini berbeza dengan yang dulu,

Usaha mendekati bukan Islam semakin membuahkan hasil. Mungkin usaha ini dilakukan atas faktor politik tapi hakikatnya perubahan dalam sesebuah organisasilah yang menjamin nyawa gerakan tersebut.

Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) adalah antara langkah terbaik untuk menyebarkan dakwah. Mungkin usaha ini kecil atau diperlekehkan ramai. Malah kata-kata bekas pemimpin PAS yang kini berjuang atas dasar nasionalisme, Dato' Nakhaie Ahmad dalam forum di Kota Bharu pada tahun 2009 lalu ada menyebut, semasa beliau dalam PAS satu orang pun beliau tak berjaya Islamkan sedangkan melalui YADIM, beliau berjaya Islamkan ramai orang mungkin ada benarnya.

Ye, PAS mungkin tak mampu Islamkan orang tapi bukankah memberi penerangan kepada mereka antara usaha dakwah? Islam hanya dengan mengIslamkan orang?

Dakwah gerakan Islam usahlah hanya tertakluk pada perkara politik semata-mata. Biarlah dakwah bermula dari usaha kecil, tapi ia berkembang pada suatu masa nanti. Usah larang pimpinan bukan Islam dekati Islam. Usah politikkan semua isu yang membabitkan usaha bukan Islam mendekati Islam. Kalau mereka ingin masuk masjid, biarkan selagi tak bercanggah dengan agama.


status Facebook salah seorang pimpinan DHPP

Puak nasionalis yang merasakan mereka turut memperjuangkan Islam, tidak dihalang untuk berdakwah. Tugas dakwah adalah hak semua. Tak perlulah nak mainkan sentimen agama kalau kalian BUTA DAN JAHIL AGAMA!



Penulis tetap berpegang pada prinsip keterbukaan terpimpin yang dianjurkan Mirwana. Semoga gerakan Islam lain tak terlalut tertutup pemikiran.

Friday, September 24, 2010

Ibu Lebih Sayangkan Pembunuh Dari Anak!

Ibu mana tak sayangkan anak,itulah ungkapan yang acapkali kita dengar dalam kehidupan kita. Namun, ungkapan ini berbeza dalam dunia akhir zaman. Gejala buang anak seolah-olah menggambarkan ibu-ibu anak tak sampai taraf ni lebih hebat dari binatang!



Lebih dahsyat lagi, ada gak ibu yang lebih sayangkan kekasih hati yang telah membunuh anaknya berbanding anaknya sendiri. Pelik sungguh, terlalu sukar nak percaya.

Pada 23 September 2010, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil kerana didapati bersalah membunuh anak kekasihnya, Syafiah Humaira Sahari,yang berusia 4tahun. Namun reaksi awal ibu kanak-kanak terbabit, Siti Nurhanim Aziz, beliau tetap sayangkan kekasihnya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Rupanya ada juga ibu sezalim ini. Sanggup utamakan lelaki yang tak ada ikatan jika dibandingkan dengan anaknya yang dia kandungkan sendiri.

Mungkin inilah produk negaraku yang paling 'bertamadun'!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...