Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, October 17, 2010

(Siasah) Batu Sapi: Berikan Saja Peluang Buat SAPP

Demam pilihanraya kecil kini semakin terasa. Yang menarik, trend PRK kali ini adalah sama dengan PRK Parlimen Sibu dan Parlimen Hulu Selangor,yang menyaksikan dua PRK diadakan serentak. Manakala dari segi penyandangnya juga, adalah hampir sama apabila DUN Galas kini disandang Parti Islam SeMalaysia (PAS) manakala Parlimen Batu Sapi disandang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).
Namun sedikit yang berbeza apabila dua buah parti politik yang tidak menyertai mana-mana ikatan politik juga berminat untuk merebut DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan Sabah Progressive Party (SAPP) dilihat berminat untuk turut bersaing di Galas dan Batu Sapi. Lupakan dahulu DUN Galas, apa yang dibicarakan dalam artikel ini ialah SAPP dan Batu Sapi.

SAPP telah menyatakan pendirian untuk bertanding. Walaupun Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding, namun itu bukan alasan buat SAPP untuk turut serta. SAPP dilihat komited untuk meneruskan agenda merampas Sabah daripada Barisan Nasional (BN) menjelang PRU ke-13 kelak.

Jika dilihat peluang, penulis melihat SAPP bukan calang-calang parti. Kebangkitan SAPP kian ketara selepas bercerai dengan BN. SAPP antara parti yang kian hebat di Sabah,diikuti DAP dan PKR. PAS, turut menjulang kebangkitan rakyat Sabah.

Namun apabila sesebuah perlawanan pilihanraya menyaksikan lebih dua penjuru, ia akan berpihak kepada BN. Jentera BN yang lengkap dari aspek kewangan adalah punca utama mengapa BN sentiasa menang. Apabila berlakunya 3 penjuru, pecahan undi akan berlaku terutamanya membabitkan pembangkang.

Rugi jika undi pembangkang pecah dua. Apatah lagi pertandingan tersebut menyaksikan pertandingan hero-hero yang hebat!

Apabila SAPP membuat pengumuman untuk bertanding, adalah molek jika PR menarik diri dari bertanding dan berganding bahu bersama SAPP untuk menang. Matlamat SAPP dan PR Sabah dilihat kian sama apabila kedua-duanya menyatakan untuk menuntut autonomi bagi kerajaan negeri Sabah jika menang dalam pilihanraya.

Justeru apa ditunggu lagi, berikan sahaja peluang buat SAPP. PKR tumpukan perhatian pada pilihanraya parti kalian. DAP pula tumpukan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan di Perak dan Pulau Pinang. Muafakat politik akan mantap jika kita bertolak ansur.

Berikan sahaja peluang buat SAPP untuk buktikan mereka setia dengan ideologi menjatuhkan BN.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...