Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, October 14, 2010

Fanatik

Dunia yang penuh fanatik,itulah dunia yang kita diami sebenarnya. Siapa dalam dunia tak fanatik? Kalau ada, sila nyatakan kenapa anda tak pegang fahaman fanatik. Fanatik menurut Kamus Dewan ialah orang yang keterlaluan pada satu pegangan atau pendirian.

Kalau ditanya aku pula, fanatik ni ialah sesuatu pegangan yang wujud dalam semua diri manusia. Kenapa aku katakan macam tu?

Dalam dunia, kalau ada yang tak fanatik pada siasah (politik), akan ada yang fanatik pada hiburan. Ada yang fanatik makanan, ada yang fanatik sukan, ada yang fanatik filem Melayu, ada yang fanatik filem Jepun/Korea, ada yang fanatik agama dan macam-macam lagilah. Semuanya fanatikkan?

Pelik bila ada yang pertikaikan kenapa ada segelintir manusia fanatikkan politik,berblog atau terkini fanatik Facebook. Bagi aku, apa salahnya kalau nak fanatik apapun selagi mana kita tak lupa agama, tak cetuskan isu perkauman, tak lepasi batas-batas sebagai manusia dalam bermasyarakat. Jangan pertikaikan hobi orang lain.

kumpulan KRU

Aku teringat lagu Fanatik yang dinyanyikan kumpulan KRU suatu ketika dulu. Antara petikan lagu yang tu:

Kadangkala gersang di jiwa
Tertekan dengan isu propaganda
Ada yang mengaku wira
Tapi sebenarnya gila

Semuanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Segalanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
KRU dah lama cuba bagitau kita yang dunia ni penuh dengan fanatik. Cuma dalam fanatik, aku cuba tak fanatik membabi buta. Biarkan fanatik tu berfakta, dalil, dan cuba masukkan fahaman diri masing-masing dalam suasana masyarakat pelbagai kaum (ayat poyo). (^_^).

Aku dah cuba relatekan diri aku dengan semua keadaan. Kalau ada yang kekurangan, tegurlah. Apapun, all da best for our life. Cintai Tuhan Sayangi Manusia. Hormati hobi orang lain selagi hobi tu tak jejaskan masyarakat dan agama.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...