Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, October 17, 2010

(Hiburan) Meor Terbitkan Album Kompilasi

album Kompilasi Komplikasi

Aku mula minat Meor Yusof Aziddin selepas dengar lagu Ikut Suka Aku (ISA). Memang dalam perancangan nak beli CD Meor:Dari Rakyat Untuk Rakyat. Tapi tunggu bajet dulu. Walaupun Bajet 2011 sudah dibentangkan tapi bajet tu tak memihak kepada aku, nak buat macam mana. Tak gitu Tok Bijan?

Dengar kata Meor dah rancang nak rakamkan album baru menjelang Disember 2010 ni. Adoi, album dulu pun tak sempat beli, inikan pula album baru. Untuk album DRUR, aku dah cukup bajet hasil simpanan dan diet aku. Rancang nak beli sekali dengan album Black, Hentikan Peperangan.

Album kompilasi Meor menyusul dulu sebelum album penuh terbaru keluar. Album ni diberi nama Kompilas Komplikasi. Wow! Hebat sungguh namanya. (^_^).

Tracklist album ni ialah:

1. selapis kaca
2. dapur hatiku yang rawan
3. seru
4. yang terlintas di fikiran
5. lagu sofa biru
6. hayati kecewa ini
7. ruang ini sempit
8. itu padang…aku di situ
9. ini padang
10. masih ingatkah kita?

Harga hanya RM15 saja. Standard harga album indie tu. Apapun, dapatkan dipasaran sekarang ok.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...