Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, October 17, 2010

Kuatkan Ingatan Kita

Dalam dunia ni, kita sering lupa tentang sesuatu perkara. Lumrahlah sebagai manusia, kita memang pelupa. Bukankah manusia ini diciptakan sebagai lemah.Firman Allah:

Dan manusia diciptakan dalam keadaan lemah (surah An-Nisa,4:28)

Tapi kita boleh berusaha untuk tingkatkan ingatan kita. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. 

Mengawal Tekanan
Bila tekanan kuasai diri kita, otak kita tak boleh fikir dengan tenteram dan waras. Atasi masalah ini dengan sebaiknya.

Bersenam
Bersenam ni rasanya ramai yang malas. :-). Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cuba belajar sesuatu perkara yang baru. Jangan tutup minda kita dengan sesuatu yang jumud. Bila kita belajar perkara baru, otak kita akan lebih aktif berfikir.

Banyak Membaca
Tak susah kalau nak budayakan membaca. Kalau tak mahu baca buku, bacalah blog atau benda-benda ilmiah yang boleh buat kita berfikir.
 
Katakan Berulang Kali 
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Membaca Al-Quran
Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Sumber diambil dari petikan-petikan blog. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...