Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, October 29, 2010

(Siasah) Autonomi Bagaimana SAPP Perjuangkan?

Perang Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi telah memasuki fasa pertengahan. PRK ini dilihat lebih meriah berbanding suasana di DUN Galas, Kelantan.

Sasaran dilihat lebih tertumpu kepada Presiden Sabah Progressive Party (SAPP), Yong Teck Lee yang menjadi calon SAPP di Batu Sapi. Beliau bukan sahaja ditembak oleh Barisan Nasional (BN) malah turut mendapat tembakan dari Pakatan Rakyat (PR) melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Cabaran berdebat yang diberikan oleh calon PKR-PR, Ansari Abdullah kepada SAPP dan PBS-BN dilihat sedikit sebanyak memeriahkan keadaan.

Dalam meramalkan siapa bakal menang dalam PRK Batu Sapi, penulis secara peribadi menyatakan SAPP mempunyai peluang lebih dari PKR. Namun dalam beberapa tuntutan SAPP, sedikit perkara turut dirisaukan. Antaranya isu autonomi bagi Sabah.

Autonomi bagaimana yang cuba diperjuangkan SAPP? Jika sebut soal autonomi, PR turut menjanjikan autonomi bagi Sarawak dan Sabah. Jika autonomi SAPP lebih ke arah menuntut kemerdekaan, penulis akan menentang SAPP.

Namun jika autonomi yang dituntut lebih kepada bidang kuasa kerajaan negeri sahaja, penulis sokong. Bukan sahaja bagi Sabah tapi bagi semua negeri di Malaysia. Namun konsep autonomi yang penulis lebih gemar ialah pemisahan kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat. Yakni keadilan yang perlu diberi perhatian.

Usah sekat dan kacau negeri-negeri yang tak sehaluan dengan pimpinan Pusat. Usah sekat dana kewangan Parlimen kawasan pembangkang.

Usaha SAPP sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat Sabah namun kita khuatir, semangat wilayah akan kembali hebat. Cukuplah Malaysia digegarkan dengan semangat perkauman yang dilaungkan sesetengah pihak.

SAPP harus memikirkan kesan jangka panjang terlebih dahulu. Jika kemerdekaan Sabah yang cuba dicapai SAPP, lupakan sahaja. Kita cuba betulkan keadaan bukan merumitkan keadaan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...