Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, December 15, 2010

AKIM Bertukar Menjadi KITA

Akhirnya, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan KL, Zaid Ibrahim menjadi Presiden juga bagi sebuah parti politik. Jika sebelum ini beliau gagal meraih sokongan UMNO dan gagal memenangi jawatan dalam PKR, namun kali ini beliau bukan saja mendapat jawatan malah terus memegang jawatan Presiden.

Dalam mesyuarat agung luar biasa parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Zaid mengambil alih jawatan Presiden AKIM daripada Zakaria Salleh. Sebelum ini, Zakaria Salleh dipilih menjadi Presiden AKIM selepas dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.

Langkah pertama yang dibuat Zaid ialah menukar nama AKIM kepada parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Menurut Malaysiakini, mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...