Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, October 23, 2010

(Isu Semasa) Ulama Nasionalis Sudah Bersuara

Tahniah buat ulama muda nasionalis kerana mengambil pendekatan untuk bersuara mengenai isu Islamic Fashion Festival (IFF) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor. Namun suara yang diharapkan menegur akhirnya menjadi berlawanan apabila beliau mempertahankan tindakan IFF menganjurkan fesyen yang jahil.

Sokongan membabi buta ini nyata memalukan lagi umat Islam. Tuduhan menyatakan bahawa pihak pembangkang sengaja membesarkan isu adalah sesuatu yang dikesali. Seperti mana entry sebelum ini, penulis beranggapan kemarahan umat Islam adalah atas semangat Islam,bukan politik. Isu ini adalah isu ummah.

Adakah kerana beliau duduk di bawah payung nasionalis maka nasionalis bangsa diutamakan dahulu berbanding isu ummah?

Sebelum ini penulis mengharapkan ulama muda Fathul Bari Yahya membuat keputusan untuk meminta penaung IFF mohon maaf tapi rupanya lain yang jadi.

Ya, Islam adalah agama nasihat. Tapi mengapa puak nasionalis tidak mendapatkan nasihat ulama muda ini dahulu sebelum pergi ke sesuatu acara membabitkan nama Islam?

Memetik kata-kata Fathul,

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Bantahan kepada penganjur untuk apa? Bukankah penaung penganjur perlu tahu dulu apa yang akan dilakukan dalam sesuatu acara. Jika benar penaung tersebut ditipu, mengapa tak tinggalkan sahaja majlis tersebut? Mengapa masih mampu senyum ketawa di majlis tersebut!

Buat Fathul, usah jadi ular dalam semak. Penulis akui diri penulis sendiri adalah hina, tak tinggi ilmu agama. Malah penulis berpegang pada fahaman sosialis Islam namun soal akidah, penulis tidak berkompromi.

Walau bagaimanapun, sedikit penghormatan buat Fathul apabila beliau menyatakan dalam Malaysiakini:

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam. "Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.

[Kenyataan Media Ini Juga Merupakan Kenyataan Bagi Studiokini Media]

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...