Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, October 20, 2010

(Siasah) PRK 2010 Batu Sapi: SAPP Lebih Layak

Belum pilihanraya umum ke-13 berlangsung,sudah berlaku pertindihan kerusi dalam kalangan pembangkang. Pertindihan atau perebutan kerusi ini nyata hanya memalukan pembangkang yang sering gembar-gembur mahu jadi kerajaan Pusat pada PRU 13 nanti.

Pilihanraya Kecil 2010 Batu Sapi menjadi bukti bahawa sudah berlaku perebutan kerusi dalam kalangan pembangkang. Perebutan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Sabah Progressive Party (SAPP) hanya memalukan.

Memang diakui bahawa SAPP bukanlah sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR), yang terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), PKR, Democratic Action Party (DAP) serta Sarawak National Party (SNAP) tapi kita harus ingat, SAPP merupakan salah sebuah parti pembangkang yang pro-PR. Taraf SAPP sama seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tidak sertai PR tapi rapat dengan PR.

Buktinya, semasa PKR melakukan kongres nasionalnya suatu ketika dahulu, pemimpin SAPP turut hadir memberi sokongan. Di Dewan Rakyat, SAPP menyatakan bahawa mereka Bebas tetapi tidak menyertai Konsensus Bebas tajaan katak-katak PKR.

Dalam soal Batu Sapi, SAPP dilihat lebih layak berbanding PKR. Mengapa? PKR sudah pasti akan lebih memfokuskan pemilihan pimpinan PKR berbanding PRK. SAPP walaupun turut akan menghadapi pemilihan parti namun dilihat lebih stabil memandangkan mereka parti tempatan di Sabah.

Benarlah kata-kata Timbalan Presiden SAPP,Eric Majimbun, jika tidak bertanding di Sabah,dimana lagi SAPP akan bertanding?

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.

Kepada PKR, silalah beri laluan kepada SAPP untuk buktikan mereka mampu bersaing. Adalah molek jika SAPP turut serta dalam PR.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...