Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, October 20, 2010

(Hiburan) Al Farabiband Gigih Dekati Anak Muda

oleh: revolterAMI


Bermula dengan hanya sebuah kumpulan rock dakwah indie, serta melahirkan sebuah EP berjudul 1st, kini Al Farabiband kian maju dalam perjuangan dakwah melalui seninya.

Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi oleh AFB pada tahun 2010. Bermula dengan kejayaan menerbitkan album penuh pertama, The Album yang mengandungi dua buah CD,diikuti dengan kejayaan membuka studio milik mereka, The Al Farabi Musiqa Studio.

Selain itu, mereka juga telah melakukan pelbagai persembahan sepanjang tahun ini. Antara program yang berjaya dijalankan ialah Al Farabiband In Person. Program yang bertujuan mendekati para peminat mereka ini telah memberi peluang kepada para peminat mengenali mereka dengan lebih dekat.

AFB juga telah menggunakan sepenuhnya studio milik mereka bukan sahaja untuk aktivit 'jamming' tetapi turut dibuka kepada golongan muda untuk jamming secara betul. Prinsip dakwah secara hikmah ini akan memberi pendedahan kepada golongan muda bahawa Islam tak melarang umatnya untuk berhibur atau bermain muzik tetapi biarlah mengikut syariat Islam.
Terbaru, AFB akan mengadakan program Al Farabi Battle of the Bands di Perkarangan Dewan MPP Zon 5,Seksyen 6, Shah Alam. Program yang bertujuan memberi peluang kepada band-band muda menunjukkan bakat mereka ini akan mendekatkan lagi usaha dakwah mereka bersama golongan muda.

Kepada yang berminat, anda boleh layari Facebook [klik sini]

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...