Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, April 25, 2011

AC Masuk UMNO..TERBAIKLAH!!!!

Terlebih dahulu tahniahlah buat AC Mizal dan isteri, Emylia Rosnaida sebab dah sertai parti tulen meLAYU, UMNO. Tahniah sangat sebab masuk bersama 500 ahli baru yang lain.

Siapa tak kenal dengan AC Mizal? Malas nak cerita sangat. Kalau kes mahkamah dek tak bagi nafkah dekat anak-anak, kes gelang ajaib (ajaib sangatlah tu) dan kes penipuan 'Dato', sudah pasti nama AC Mizal pun tak hebat.

Penyertaan AC Mizal ke dalam UMNO sangat dihormati atas prinsip demokrasi di negara yang democrazynya cukup hebat.

AC Mizal telah menyertai UMNO secara rasmi pada 24 April 2011 di Ipoh Barat. Beliau mendakwa UMNO menjadi pilihan kerana selari dengan perjuangannya. Perjuangan UMNO ialah perjuangan Melayu.

Kepada semua pihak hormatilah keputusan beliau.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...