Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, April 25, 2011

Sokongan Kepada Program IKON Muslimat Muda

revolterAMI @ studiokini media

Program separa realiti akan mula menemui seluruh anggota masyarakat dalam masa terdekat melalui dunia maya.

Secara peribadi, aku amat menyokong penerbitan program ini. Mengapa? Kerana dunia sekarang terlalu dihidangkan dengan pelbagai program lagha terutama dalam kaca TV sehinggakan ia menumpulkan akal generasi baru Malaysia.

Generasi kita kian lemah, generasi kita kian lalai. Itulah hasil program realiti yang merealisasikan agenda musuh untuk menjatuhkan kita.

Ini merupakan pendekatan yang baik. Jika dalam TV ada imam muda, ada Akademi Nasyid (kini lenyap), ada Akademi Quran, apa salahnya dalam dunia maya ni kita anjur program untuk muslimat pula.

Cuma diharapkan objektif asal program ini tidak lari. Jangan sampai kita dituduh nak pergunakan muslimat sudah lah. Aku mewakili Studiokini Media menyokongan 100% program ini. Mungkin program ni akan jadi garis panduan untuk Studiokini pula untuk buat projek bawah Studiokini. (angan-angan ja lebih...hehehe).

*kenyataan media untuk Studiokini Media.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...