Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, April 24, 2011

Majlis Pertunangan Ashraf-Dayana


Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti ‘kenduri kahwin’ dalam majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.


Pengacara Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.


“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.

Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana.

Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.

Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.

Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu..

Tahniah diucapkan kepada Ashraf. Semoga kekal bahagia sampai akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...