Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, September 27, 2010

Dakwah Gerakan Islam Harus Terbuka

Malaysia antara negara umat Islam (bukan negara Islam) yang paling banyak mempunyai badan-badan dakwah sama ada dari sudut badan di bawah kerajaan, parti politik mahupun badan bukan kerajaan. Boleh dikatakan untuk menghitung dengan jari, mungkin tak terkira.

Parti Islam SeMalaysia (PAS), antara gerakan Islam yang boleh dikatakan antara yang berjaya mengharungi cabaran terutama apabila PAS menyertai medan politik. Keterbukaan PAS dewasa ini tak dapat dinafikan. Ye, memang ada yang membantah baik dari dalam mahupun luar PAS itu sendiri. Namun, hakikat sebenar yang harus kita kena terima, dakwah mesti terbuka.

Jika dahulu PAS dilihat sebagai parti ekstrim,pengganas dan jumud. Penulis sendiri akui penulis pernah anggap PAS sebagai parti kampung, tak bertamadun dan pengganas. Apatah lagi apabila media memainkan peranan bias mereka terutama semasa berlakunya Reformasi 1999. PAS dianggap segalanya teruk!

Atas kajian, kertas kerja serta pandangan umum, akhirnya gerakan Islam ini telah menunjukkan keterbukaannya namun masih terbatas mengikut nas-nas syarak. Tak dinafikan ada juga kalangan pimpinan gerakan Islam ini sendiri berpelakuan seperti tak Islamik malah ada juga penyokongnya yang masih keterbelakang mindanya tapi PAS hari ini berbeza dengan yang dulu,

Usaha mendekati bukan Islam semakin membuahkan hasil. Mungkin usaha ini dilakukan atas faktor politik tapi hakikatnya perubahan dalam sesebuah organisasilah yang menjamin nyawa gerakan tersebut.

Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) adalah antara langkah terbaik untuk menyebarkan dakwah. Mungkin usaha ini kecil atau diperlekehkan ramai. Malah kata-kata bekas pemimpin PAS yang kini berjuang atas dasar nasionalisme, Dato' Nakhaie Ahmad dalam forum di Kota Bharu pada tahun 2009 lalu ada menyebut, semasa beliau dalam PAS satu orang pun beliau tak berjaya Islamkan sedangkan melalui YADIM, beliau berjaya Islamkan ramai orang mungkin ada benarnya.

Ye, PAS mungkin tak mampu Islamkan orang tapi bukankah memberi penerangan kepada mereka antara usaha dakwah? Islam hanya dengan mengIslamkan orang?

Dakwah gerakan Islam usahlah hanya tertakluk pada perkara politik semata-mata. Biarlah dakwah bermula dari usaha kecil, tapi ia berkembang pada suatu masa nanti. Usah larang pimpinan bukan Islam dekati Islam. Usah politikkan semua isu yang membabitkan usaha bukan Islam mendekati Islam. Kalau mereka ingin masuk masjid, biarkan selagi tak bercanggah dengan agama.


status Facebook salah seorang pimpinan DHPP

Puak nasionalis yang merasakan mereka turut memperjuangkan Islam, tidak dihalang untuk berdakwah. Tugas dakwah adalah hak semua. Tak perlulah nak mainkan sentimen agama kalau kalian BUTA DAN JAHIL AGAMA!



Penulis tetap berpegang pada prinsip keterbukaan terpimpin yang dianjurkan Mirwana. Semoga gerakan Islam lain tak terlalut tertutup pemikiran.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...