Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, June 13, 2011

PAS Bentuk Kabinet Penuh 2011-2013


Parti Islam SeMalaysia (PAS) akhirnya membentuk kabinet penuh parti itu selepas pemilihan muktamar PAS 2011 berakhir pada awal Jun 2011 yang lalu.

Mesyuarat PAS Pusat yang berlaku pada 12 Jun 2011 telah melengkapkan lagi kabinet PAS dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13 kelak.

Jawatan Setiausaha Agung kekal milik Mustafa Ali manakala Ketua Penerangan disandang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bendahari parti dipegang oleh Abdul Halim Abdul Rahman manakala jawatan Ketua Pengarah Jentera Pilihanraya yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Halim,kini disandang oleh Dr. Hatta Ramli.


Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula tempatnya diisi oleh bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus

"Kita telah membuat pelantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," kata Presiden parti, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

Bagi jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri, beberapa perubahan berlaku bagi negeri Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

Senarai penuh Pesuruhjaya PAS Negeri 2011-2013 seperti berikut:

Selangor - Dr. Abdul Rani Osman
Terengganu - Abdul Wahid Endut
Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
Melaka - Adly Zahari
Sabah - Aminuddin Halim
Kelantan - Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak - Abu Bakar Husin
Kedah - Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang - Salleh Man
Perlis - Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan - Mohd Noor Mohamad
Sarawak - Adam Ahid

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...