Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, January 10, 2011

Bob Lokman Bersama PAS?

Mahfuz Omar bersama Bob Lokman

Solat hajat Selamatkan Selangor dan Pidato Perdana Selamatkan Malaysia bukan saja dihadiri oleh penyokong dan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) tapi turut disertai pelakon Bob Lokman.

Bob Lokman ditengah orang ramai

Program anjuran PAS tersebut diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 9 Januari 2011. Dan memang mengejutkan kerana program ini dihadiri ramai hadirin. Ada yang kata 10,000 lebih,ada yang kata 30,000. 

Dan sokongan yang ditunjukkan rakyat Selangor memang mengejutkan walaupun saban hari kerajaan negeri Selangor diserang bertubi-tubi.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...