Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, May 2, 2011

Benarkah Osama Sudah Tiada?

Visual video yang dikeluarkan Geo TV menunjukkan kebakaran di kawasan pemimpin Al Qaeda Osama bin Laden dilaporkan terbunuh di Islamabad, Pakistan. Osama merupakan penjenayah paling dikehendaki dunia selepas melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Foto AP
GEMPAR! Selepas kematian anak bongsu Muammar Gadaffi,Saif al-Arab bersama 3 lagi cucu Gadaffi, hari ni 2 Mei 2011, Amerika Syarikat pula umumkan yang Osama Laden sudah terbunuh.

Menurut Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Osama terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di Pakistan pada 1 Mei 2011 lalu.

"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.

"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.

Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".

"Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.

Bagaimanapun ramai pihak masih tidak percaya dengan berita ini. Apa yang penting sekarang ialah bukti jenazah Osama Laden. Jika benar Osama sudah tiada, akan lahir sejuta lagi singa yang berani menentang rejim Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...