Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, May 2, 2011

Sana Putera William Kahwin Sini Sumpah Laknat

Tarikh Putera William berkahwin sama dengan tarikh berlakunya satu majlis sumpah laknat di Malaysia. Tatkala seluruh dunia tertumpu ke Britain, negara kita pula heboh dengan aksi politik kotor.

Sumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh 'Dato Trio' berlangsung di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Datuk Trio terdiri daripada 3 insan manusia bernama Eskay, Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim.

Tatkala dunia tertumpu ke Britain, kita pula bangga dengan aksi politik paling kotor dalam sejarah Malaysia. Sumpah tanpa pengetahuan agama, itulah label paling sesuai untuk mereka yang bersumpah.

Adakah politik Malaysia terlalu 'desperate' untuk dipopularkan sehinggakan segala perkara hatta yang haram, dihalalkan. Malu, cukup malu dengan gelagat paling bangang ni.

Perkahwinan Putera William yang menjadi satu event of the year tahun ini nampaknya terpaksa menghadapi saingan dengan suasana sesumpah politik Malaysia.


Mana perginya maruah kita sebagai masyarakat berilmu? Mana hilang iman kita? Tak malukah kita dengan fenomena melanda Malaysia?

Lebih 50 tahun merdeka tapi akal kita masih tahap 0. Kepada rakyat Malaysia, kalian kian berilmu, dan ada pegangan agama masing-masing. Gunakan akal untuk fikir sebelum angguk segala berita yang diberikan.

Berikan keadilan kepada negara ini. Hentikan kezaliman.Jangan sampai laknat Allah turun kepada kita pula.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...