Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

sekadar gambar hiasan
16 Mei semua manusia di Malaysia tahu tu tarikh sambutan hari guru. Jadi dengan ini revolterAMI nak ucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik (guru,pensyarah,alim ulama,dan sebagainya), dan bakal-bakal pendidik terutama semua pelatih di IPG seluruh negara.

Guru bukan tugas mudah,tak semudah ABC untuk kita mengajar anak-anak orang. Kadang-kala kita sendiri tak terajar untuk kenal diri kita,didik diri kita supaya jadi seorang yang benar-benar profesional. Matang yang sebenar ialah menjadikan pengalaman hidup baik manis atau pahit, sebagai pengajaran dan bertindak menggunakan akal dan rendah diri dalam semua perkara.

Guru bukan hanya mengajar orang tetapi mengajar diri kita sendiri. Selamat hari guru 2011. (^_^)

*perutusan skema la konon..lalalala

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...