Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, January 25, 2011

Elaun Itu Duit Siapa?

" Wahh!!! Banyaknya elaun kamu. Bolehlah belanja ek".

"Elaun ni aku nak beli selipar baru, tuala baru dan bla bla bla".

Berjuta lagi ayat yang keluar bila elaun keluar. Elaun apa ek? Yang dimaksudkan elaun untuk pelajar-pelajar IPG. IPG tu apa? Tanyalah pakcik Google.

Elaun untuk penuntut IPG memang banyak dan tak salah kalau dikatakan pelajar-pelajar IPG anak emas kerajaan. (Kerajaan ye, bukan pertubuhan politik). Dan acapkali bila awal semester, soal elaun akan mula kedengaran di seluruh pelusuk kampus-kampus IPG di Malaysia.

Kalau nak dikatakan cukup, secara jujur memang tak cukup! Kenapa? Sebab tak mampu untuk kahwin. (^_^). Tapi kalau untuk belajar, insyaAllah cukup.

Sebut tentang elaun, terfikir gak, berapa peratus elaun digunakan untuk belajar? Bukan mengata sapa-sapa ye, tapi ambil realiti diri sendiri. Nak kata beli buku, buku dibeli boleh dihitung ja. Nak kata beli bahan makanan, rasanya semua orang beli makanan.

Enjoy? Mungkin duit elaun banyak habis dengan enjoy rasanya. Maklumlah, darah anak muda, apa lagi, jom kita enjoyla!

Tapi dalam nak enjoy, teringat kata-kata seorang ustaz (kepada yang kenal: Ustaz Saiful). Ayat beliau mudah ja:

" Elaun tu duit siapa? Duit rakyat kan. Kalau kita gunakan bukan untuk tujuan pelajaran, pernah kita fikir tentang rakyat yang susah payah bayar cukai?".

Kalau secara peribadi, saya terasa dengan ayat ni. Tapi betullah, kalau duit elaun sekadar 10% untuk kegunaan belajar, tak ke kita mempergunakan rakyat? Diri sibuk cakap perjuangkan rakyat, tapi diri sendiri tipu rakyat. (Terasanya saya!!!).

Keperluan belajar termasuklah kos makanan, kos pengangkutan, buku, photostat dan apa ja yang berkait dengan belajar.

Bagaimana nak hargai duit elaun (baca: duit rakyat)? Jawapan mudah, kita simpanlah sedikit untuk kegunaan masa depan.

* aku sendiri pernah salah guna elaun..dan aku kurang senang dengan elaun KPLI!!!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...