Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, January 28, 2011

Perang Dah Tamat

Semasa dalam perjalanan pulang dari maktab, diri terpegun sekejap. Terkejut pun ada. Mana tidaknya, lagu yang didengar memang menyentuh kalbu. Seolah itu harapan dari anak seni untuk umat sejagat.

Lagu Perang Dah Tamat, rasanya bakal meletup, nyanyian Malique feat Rabbani, bukan sekadar lagu. Lagu yang penuh dengan harapan untuk dunia terutama kuasa-kuasa bongkak di luar sana yang terus mencengkam dunia. Tak kiralah sama kuasa besar atau sekecil zarah.

Lagu yang rasanya melangkaui perbezaan agama, persengkataan etnik atau apa jua pegangan dalam diri manusia di dunia. Malah mesej kesatuan umat jelas terpampang apabila lirik lagu ini ada menyebut:

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama 
Tak disebut
Tak digunaTak lagi dicari makna

Dan juga sedutan lirik ini:
Ada Torah

Zabur

Injil
Ada Quran
Kalau Iqra' 
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza



Kepada yang belum dengar, anda boleh dengar sekarang. Sambil hayati sepenuhnya mesej lagu ini.Lirik lagu ada disertakan di bawah:

[Tun Dr. Mahathir - Intro]

The world now lives in fear.

We are afraid of everything.


[Rabbani - Korus]

Alhamdulillah

Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza



[Malique]

Berita yang ditunggu

Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar


Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar

Pengawal sempadan bersalaman

Dan bergambar

Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar



Bumi berhenti bergetar

Tak perlu rasa gentar

Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar



Langit koyak dah ditampal

Tiada halilintar

Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat



[Ulang Korus]


Perang sudah tamat

Kita jadi buta warna

Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta



Piagam Madinah dihidup dan dijana

Semua agama Ibrahim aman hidup bersama

Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna



Perang sudah bubar

Perang sudah bubar

Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar



Mereka kata tidak mungkin

Aku balas benar

Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar



[Ulang Korus]


[Rabbani - Bridge]

Uthrul Horriyah

Auqifull Haq


[Malique]

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan

Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan



Ada Torah

Zabur

Injil
Ada Quran
Kalau Iqra' 
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza



Kita manusia

Lain nama dan fizikal

Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal



Saya orang aman

Saya bukan orang jahat

Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat



[Ulang Korus 2X]
[Tun Dr. Mahathir - Outro]

War must therefore be made illegal.

DOWNLOAD:

KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...