Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, February 9, 2011

Anwar Ibrahim Memang Universal


Kepetahan dalam berhujah dan memberi syarahan merupakan tarikan utama kepada keperibadian beliau. Bakat yang ada itu membolehkan beliau terus berjaya dalam bidang politik. Itulah Anwar Ibrahim.

Setelah menjadi ahli politik yang terkenal di Malaysia dan dunia, Anwar kini ingin mencuba nasib pula menjadi seorang penyanyi. Rentak yang sama dengan pimpinan Indonesia yang pernah menyaksikan Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) merakamkan lagu. Malah banyak lagi pemimpin politik di dunia yang turut menjadi penyanyi secara suka-suka.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pertama kali menyumbangkan suara dalam sebuah lagu berjudul Teratak. Teratak merupakan projek amal bagi Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan kumpulannya, d*Crew.


"Saya melakukannya sebab Gwo-Burne desak. Saya sangat tidak selesa tetapi cuba berlatih di kamar mandi. Memang saya gemarkan muzik seperti Elvis Presley dan sebagainya, tetapi ini serius.

“Apabila Gwo-Burne bawa saya ke studio, saya mendapati bahagian saya paling susah! Tetapi saya enjoy dan cuba menjiwai lirik sebaik mungkin. Ada sedikit perubahan dibuat agar lebih sesuai dengan saya,” katanya.

Album Teratak merupakan sebuah projek amal bagi mengumpulkan dana membantu meningkatkan prasarana di kawasan penempatan pengundi berpendapatan rendah.

Empat lagu dimuatkan dalam album mini tersebut antaranya Teratak yang menampilkan The Wayfarers dengan lagu istimewa dari Anwar dan Elizabeth menerusi Feeling Fun selain Jia (Teratak dalam versi Mandarin) dan We Are All The Same.

Kesemua lagu diterbitkan oleh DJ Hope dengan lagu ditulis oleh Danny Tan, lirik oleh Faisal Mustafa, Ivone Tjuatja Dharma (Teratak) dan Gwo-Burne (Teratak dan Feeling Fun) serta disusun oleh James & Co.

Cakera padat edisi terhad Teratak tidak dijual, sebaliknya merupakan ‘cenderahati’ percuma apabila anda menyumbang minimum RM25 kepada dana kebajikan anjuran pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai cakera padat terhad Teratak, layari www.kelanajayamp.com atau www.uni-tee.org untuk memuat turun trek pilihan anda.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...