Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )
Showing posts with label gambaria. Show all posts
Showing posts with label gambaria. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Giant Buaya?


Beberapa penduduk menggunakan tangan mereka bagi mengukur seekora buaya yang panjangnya 6.4 meter dipercayai telah menyerang beberapa orang. Buaya tersebut ditangkat di Nueva Era di bandar Bunawan, utara Filipina pada 4 September lalu.

Menurut Pusat Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar Palawan, dengan berat 600 kilogram, ia menjadi buaya terbesar pernah ditangkap di negara itu.

Wah!!!Ini baru betul giant buaya.Tapi bukan buaya darat la..(^_^)

Monday, June 13, 2011

Piala FA 2011: Penyokong Kelantan-Terengganu Solat

Ada yang menarik dalam perlawanan akhir Piala FA 2011 yang menyaksikan pertembungan antara Kelantan dan Terengganu. Keputusan akhir perlawanan ialah Terengganu memenangi piala tersebut bagi tahun 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1.

Dalam minat bola, masih ada yang membawa iman mereka. Bola tetap dihati,solat tetap ditunaikan. Baik penyokong Kelantan mahupun penyokong Terengganu.

penyokong bola Terengganu solat berjemaah
penyokong Kelantan

Dan paling menarik gambar di bawah ni.


Bendera Kelantan berada di tengah-tengah lautan penyokong Terengganu. Dan satu lagi bendera tu,tafsir sendiri la.Mungkin waktu malam jadi 'bulan' mengambanglah kan. (^_^).

Harap lepas ni makin banyak perubahan berlaku dalam masyarakat kita

Tuesday, June 7, 2011

Banjir Menyerang Singapura (2011)

Pokok tumbang, kereta rosak di tengah jalan dan gedung beli-belah dimasuki air.

Demikian antara rentetan masalah yang berlaku apabila hujan lebat lebih empat jam pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di serata Singapura dinaiki air.

Selain daripada banjir kilat di kawasan MacPherson dan banyak jalan raya menjadi seakan 'sungai', beberapa besmen bangunan pula digenangi air. Paling teruk terjejas adalah di kawasan Tanglin.

Semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang baru, Dr Vivian Balakrishnan, bergegas ke Tanglin Mall setelah diberitahu besmen bangunan itu digenangi air setinggi 100 milimeter.

Semasa meninjau bersama para pegawai kanan agensi air negara, PUB, Dr Balakrishnan mengalu-alukan semangat para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan yang dimasuki air berlumpur bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dan perniagaan boleh diteruskan.

Selain daripada perniagaan, tempat meletak kereta di besmen bangunan itu - dan besmen di beberapa bangunan lain di sekitarnya seperti Orchard Towers, Forum The Shopping Mall, Delfi Orchard, Liat Towers dan St Regis Residences - juga dimasuki air.

Orang ramai yang memuatnaikkan gambar-gambar di laman Stomp turut melaporkan banjir di Holland Road, Cuscaden Road, Eng Neo Avenue, Dunearn Road, Bukit Timah, Sennett Estate dekat Potong Pasir, MacPherson, Toa Payoh, Boon Keng, Bendemeer dan Balestier.

Seorang penduduk di kawasan Balestier, Encik Michael Ng, berkata jalan raya di Mandalay Road 'kelihatan seperti sebatang sungai'.

Hujan lebat turut menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah lori di Bedok Reservoir Road.

'Emak menjerit apabila pokok tumbang. Saya bersyukur ia tidak menjejas kereta saya tetapi kesiankan pemilik lori itu,' kata Cik Sharifah Mohamed Sharif menerusi e-melnya kepada Berita Harian Singapura semalam.

Dalam kenyataannya semalam, PUB berkata ia telah mengerahkan kakitangan dan kontraktornya ke tempat-tempat yang terjejas. Pam dan lori tangki juga dikerah bagi membantu mengepam air keluar dari bangunan.

Banjir berlaku semasa air surut dan tujuh pam beroperasi di Bendungan Marina bagi menurunkan paras air di Kolam Air Marina, katanya. -BHS

Bawah ni gambar-gambar banjir di Singapura:












admin: macam tak percaya Singapura banjir.

Monday, May 2, 2011

Yang Dipertuan Agong & Pemimpin Dunia di Perkahwinan Putera William


Gambar Yang Dipertuan Agong,Tuanku Mizan bersama Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (our First Lady) dan gambar-gambar pemimpin dunia bersama isteri masing-masing yang hadir semasa perkahwinan Putera William.

Fisrt Lady bagi Malaysia sudah jelas dengan gambar ini. (^_^)

Friday, April 29, 2011

Surat Beranak Obama


Salinan surat beranak ini disahkan sendiri keasliannya daripada Pendaftar Negeri di Jabatan Kesihatan Hawaii, Amerika Syarikat.

Wednesday, December 22, 2010

Kereta Peronda Baru PDRM

Polis Raja Di Malaysia..Oppss!!Tersilap. Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sudah mempunyai kereta peronda baru mereka. Kereta baru,harap semangat pun barulah. Jalankan tugas dengan adil ok.

pandangan depan

pandangan belakang

pandangan dan pandangan =)
Dari segi bentuk, makin mantap pasukan PDRM. Harap tugas pun setanding dengan keretalah.

Sunday, December 19, 2010

Batu Berbentuk Dot Dot Dot

Dalam berblog walking, terjumpa satu entry dan gambar ni. Terkejut bila tengok. Batu berbentuk kemaluan lelaki?Alamak!!!Tidak!!

Batu ni dijumpai seorang lelaki yang sedang bina sebuah bangsal di Maryland,Amerika Syarikat. Dia ni pandang bawah untuk cari seketul batu galas lalu terjumpalah batu ni yang menyerupai kemaluan lelaki.

inilah batu yang dimaksudkan
Martin Kenny, yang menyara diri sebagai tukang baiki ladam kuda di Elk Neck Park, terkejut dengan penemuannya itu dan turut perasan batu ini turut mempunyai sebuah lubang di tengahnya.

Kenny memberitahu Metro.co.uk: 'Saya hanya tunduk dan terlihat batu itu. Syukur pelanggan saya tidak melihatnya'

Beberapa orang mendakwa batu ini adalah stalaktit tetapi Kenny menafikan dakwaan itu kerana batu ini bukannya daripada batu kapur.

lubang di tengah batu
Batu ni turut ada lubang ditengahnya. Tapi tak pasti kenapa lubang ni tercipta.

Wednesday, November 3, 2010

(Gambar) Penyokong Kelantan Solat Sebelum Tengok Bola

Kalau sebelum ni ramai blogger terutama musuh kerajaan negeri Kelantan menggambarkan penyokong-penyokong bola sepak Kelantan sebagai tidak beradab. Malah ramai antara mereka mengaitkan sikap penyokong yang biadap dengan pimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Namun tak ramai pula yang cuba cari bukti bukan semua penyokong Kelantan biadap. Gambar ini menjadi bukti masih ada penyokong yang tetap utamakan solat.








Sekadar nak gambarkan kepada rakyat Malaysia, jangan nilai orang dengan sikap insan-insan tertentu.

Thursday, October 28, 2010

(Gambar) Letusan Gunung Merapi 2010

Gambar-gambar ini diambil dari laman-laman blog yang ada dalam dunia siber ni. Menariknya, gambar Mbah Marijan, penjaga 'kunci' Gunung Merapi yang meninggal dunia dalam keadaan sujud. Ya Allah, besarnya kuasaMu.



Tuesday, October 26, 2010

(Gambar) Penamaan Calon PRK DUN Galas

Pilihanraya kecil (PRK) DUN Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Parti Islam SeMalaysia (PAS)- Pakatan Rakyat (PR) dan United Malays National Organisation (UMNO)-Barisan Nasional (BN).

PAS-PR mengetengahkan Dr. Zulkefle Mohamad manakala UMNO-BN meletakkan Abdul Aziz Yusof sebagai calon.

Gambar-gambar sekitar penamaan calon:


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) - PR





United Malays National Organisation (UMNO)- BN
















(Gambar)Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi


Pilihanraya kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Parti Bersatu Sabah (PBS) mewakili Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Rakyat (PR) serta Sabah Progressive Party (SAPP).

PBS-BN mempertaruhkan Linda Tsen, PKR-PR oleh Ansari Abdullah manakala SAPP mempertaruhkan Presidennya, Yong Teck Lee.

Gambar-gambar sekitar penamaan calon (mengikut parti)

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)-PAKATAN RAKYAT









SABAH PROGRESSIVE PARTY (SAPP) 






PARTI BERSATU SABAH (PBS) - BN



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...