Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, March 27, 2011

Gosip: Jangan Sampai Makan Daging Saudara

Gosip dikatakan satu kebiasaan malah satu keperluan bagi seseorang personaliti terkenal. Ada sesetengah individu yang memang mahukan dirinya digosip dan bangga.Baik artis, mahupun politikus. Demi glamour, semuanya ok!

Artis merasakan keperluan gosip untuk popular. Kalau tiada gosip, tiada popular. Kalau tiada popular, tiada wang masuk. Bagi ahli politik pula, kalau tiada kontroversi maka orang (rakyat) tidak akan kenal. Tapi bolehkah gosip-gosip ni?

Gosip jika secara baik, seperti menceritakan kebaikan seseorang, dibenarkan. Cara ini bukan sahaja mampu menaikkan imej seseorang dengan perwatakan yang baik malah akan menjadi contoh kepada pihak lain. 

Namun dunia hari ini, sukar untuk kita cari gosip yang baik. Yang ada, banyak tentang keburukan, penceraian, fitnah seks sana-sini, dan sebagainya. Malah keadaan ini seolah menjadi 'halal' pada zaman sekarang. Bukti, tak perlu susah mencarinya, beli saja akhbar-akhbar atau majalah atau baca saja blog-blog di internet.

Dalam dunia politik, tuduhan seks tanpa bukti yang jelas dan nyata makin menjadi budaya. Ada blogger-blogger politikus seolah-olah menjadi wajib baginya untuk menyebarkan fitnah. Gambar-gambar di edit, cerita direka, dan video diada-adakan. 

Terlupakah kita dengan hadis-hadis yang mencegah kita untuk menyebarkan fitnah? Malah mempercayai berita yang belum tentu benarnya, turut ditegah.

Rasulullah bersabda: Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat (Hadis riwayat Muslim).

Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa". (Hadis riwayat Muslim)

Apa yang diperkatakan dalam hadis-hadis ini, semuanya telah berlaku sekarang. Malah menjadi satu trend pula. Tak cukup dengan hadis-hadis tadi, Allah telah memperingatkan kita melalui firmannya:

Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan terang-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan saja) oleh yang dianiaya. (Surah an-Nisa, ayat 12)


" Dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain, suakakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati(bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya ".
(Q.S. Al-Hujurat: 12)

“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.”
(Al-Baqarah: ayat 191)

“Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah,..”
(Al-Baqarah: ayat 193)

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.”
(Al-Humazah: ayat 1)

Banyak lagi dalil-dalil yang jelas dan nyata mengenai persoalan fitnah ini. Jauhilah diri kita daripada menjadi hambaNya yang suka menyebarkan fitnah. Kepada yang duduk dalam dunia hiburan, bergosiplah dengan cara yang betul Dan bagi para politikus, jangan jadikan fitnah sebagai satu kewajipan politik. Hentikan politik-politik fitnah seks sana-sini. Kami rakyat bawahan sudah bosan dengan politik kotor di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...