Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, November 23, 2011

SAH! Trofi Kemenangan Lagu Terbaik AIM 'Penakut' Ditarik Balik

Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.
ehsan:GUA

Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.

Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Tuesday, November 22, 2011

Naik Barakuda: KBS, FAM Digesa Lapor FIFA Isu Ancaman Keselamatan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung layanan penyokong Indonesia yang disifatkan boleh mengancam keselamatan skuad bola sepak negara.

P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, tindakan tegas terhadap penyokong skuad Garuda perlu diambil bagi memastikan semangat kesukanan sentiasa terjamin tanpa dicemari insiden yang tidak diingini.

"FAM dan kementerian perlu buat laporan rasmi kepada FIFA.

"Inikah cara layanan yang diterima pasukan bola sepak negara kita? Saya harap tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya pada sesiperbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Gesaan berkenaan dibuat ekoran jangkaan bahawa pemain negara sekali lagi bakal menaiki kereta perisai Barakuda untuk mengharungi final bola sepak Sukan SEA ke-26 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin malam.

Pada pertembungan terakhir peringkat kumpulan menetang Indonesia Khamis lalu, skuad Harimau Muda terpaksa menaiki Barakuda ketika mahu pulang ke hotel atas nasihat pihak keselamatan Indonesia sendiri.

Penggunaan Bakuda itu merupakan kali kedua setelah skuad negara berdepan situasi yang sama ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, pihak kementerian memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pemain, petugas, pegawai serta penyokong skuad Harimau Muda berada dalam keadaan baik.

"Kementerian boleh beri jaminan untuk pastikan pemain kita tidak ditekan dari segi emosi dan psikologi.

"Selain itu hubungan baik kedua-dua kerajaan juga merupakan salah satujaminan terhadap pemain negara kita," katanya.

Harimau Muda Raih Pingat Emas Sukan SEA 2011


Akhirnya Skuda Harimau Muda Malaysia mendapat Pingat Emas untuk Sukan SEA 2011 kali ini.Malaysia berjaya menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti 4-3 setelah menyamai kedudukan 1-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ini.

Pada awal perlawanan, Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan namun Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Walaupun terpaksa menghadapi kerenah dari penyokong Indonesia termasuk terpaksa menaiki kereta perisai Barakuda,namun ia nyata tidak mematahkan semangat Harimau Muda untuk membaham Garuda di hadapan hampir 80,000 penyokong mereka.

Monday, November 21, 2011

Shera Sah Bergelar Isteri Zahiril Adzim

Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.


Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.


Pasangan ini akan disandingkan di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh selepas selesai majlis pernikahan. Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat. Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu.







sumber: Blog Bulan Purnama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...